Yang Lain Sedang Membaca
Resepi: Bihun Goreng Lada Hitam ..Posted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan (untuk 1 Keluarga makan) 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu ) * ... Onde-Onde (Buah Melaka)Posted On Tue Nov 25 2014 ![]() Bahan-bahan: 3 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum 1 1/2 cawan air atau secukupnya 1 - 2 kepi ... |
Resepi: Ikan merah masak black paper ..Posted On Fri Jul 26 2013 ![]() BAHAN2 : 1. ikan merah (tpulang nak gune ayam/daging atau ikan lain) 2. sedikit halia / 3 ulas bawang ... Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol)Posted On Tue Nov 25 2014 ![]() Bahan-bahan ( 5/6 orang makan ) 1 ekor ikan tongkol/ aya ( potong ikut kehendak ) Santan dari sebiji k ... |
Monday, August 5, 2013
Kek buah kukus
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter spt SCS)
350g gula pasir kasar
60ml air panas mengelegak
500g buah-buahan campuran (atau jenama Big Sister)
3 biji telur gred A+
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu kecil esen vanila
@~RasaRempah
Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi gebu dgn jayanya.
** Boleh kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.
**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur meleleh sesangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
Resepi: Nasi Paprik ..Posted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-bahan: ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 ... Petua Hilangkan Tanda Hangus Pada PeriukPosted On Wed Nov 26 2014 Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersi ... Resepi: Mee Goreng BasahPosted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan ( 5 org makan ) 600g mee kuning 2 ekor sotong 6 ekor udang basah 3 pokok sawi 1 sudu besar ... Petua: Mengelak Minyak MemercikPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggor ... Resepi: Bihun Goreng Lada HitamPosted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan (untuk 1 Keluarga makan) 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu ) * ... Resepi: Nasi GorengPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-Bahan: 2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam) 1 sudu besar serbuk perasa ayam 200g u ... Kebab AyamPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan2 : 400 gm Isi ayam-dihiris nipis memanjang 1 labu bawang besar-dimayang 2 sudu besar cili kisar 1 ... |
.. |
No comments:
Post a Comment