Yang Lain Sedang Membaca
Petua: Hindari Bau Busuk Kulit Udang ..Posted On Wed Jul 24 2013 ![]() Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain t ... Resepi: Ikan Siakap Tiga RasaPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-Bahan: 1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] 2. garam dan kunyit 3. sedikit tepung j ... |
Kek buah kukus ..Posted On Mon Aug 05 2013 ![]() Bahan-bahan 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter spt SCS) 350g gula pasir kas ... Petua Simpan Telur Tahan LamaPosted On Wed Nov 26 2014 ![]() Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut ... |
Thursday, January 9, 2014
RESEPI NASI GORENG THAI /THAI FRIED RICE:
Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaksud Goreng dan "Ghai" bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru ditanak pun tak salah gunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi untuk nasi goreng, sekiranya bergentel atau berketul perlu diuraikan bukan dihancurkan. Cara terbaik ialah, ambil sedikit minyak masak dan letakan di kedua tapak tangan anda dan ramas ketulan nasi supaya ia peroi kembali. Jangan masukkan nasi yang berketul-ketul ke dalam kuali dan lenyekan, kerana ia akan hancurkan butir-butir nasi kerja ini kerja tukang masak malas. Nasi kena persiapkan dahulu sebelum goreng. Nasi goreng perlu dibuat dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan) atau kuali yang perbuat dari besi padu atau "cast-iron".
Jumlah hidangan: 5 hingga 7.
BAHAN-BAHAN:
4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
1 keping dada ayam. Dihiris 1/4" X 1/2" (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
1/2 udang putih yg bersaiz kecil.
3 sudu besar kicap cair.
4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahgian lembut serai yg boleh dimakan.
2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
1/2" bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
2 biji telur ayam dipukul kembang dengan ditambah 1 sudu kecil air.
.1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.
PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:
3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
3 sudu besar kicap ikan.
2 sudu besar kicap cair (kurang masin).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar jus limau nipis.
1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
1/4 sudu keci (tsp) gula. (secubit).
CARA-CARA MENGORENG:
1. Sediakan nasi seperti saranan diatas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia tidak akan melekat pada kuali.Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat. Peramkan dlm 15 minit.
2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.
3. Hidupkan dapur dengan api sederhana kembali. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan.
4. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air stok ayam 1-2 sudu besar.
4. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan terlalu kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Masukan kacang campur dan goreng nasi bersamanya dlm 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap sos ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam, pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai, hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
LAKSA JOHOR ..Posted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan2 500 gm spageti (celur) 1 kg ikan tenggiri (rebus&ambil isinya) 300 gm rempah kari ikan 100 ... Resepi: Burger Bakar SempoiPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-bahan ( 5 biji ) 1 paket daging cincang 400g (tapis airnya) 1/2 biji bawang besar didadu 4 sudu ... Resepi Bihun Goreng SingaporePosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan 1 bungkus bihun ( di rendam ) 100 g taugeh 1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2) 6 – ... Resepi Nasi Ayam HainanPosted On Wed May 28 2014 ![]() Untuk Nasi 3 pot beras (bersih&toskan) ½ bwg besar (dihiris) 1 btg kulit kayu manis Buah pelaga,bu ... RESIPI DAGING GORENG HITAM MANIS BERPRUNPosted On Wed May 28 2014 ![]() 1 kg daging - potong nipis, bersihkan & toskan 100g buah prun (buang biji) - kisar halus 8 biji baw ... MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONISPosted On Wed Feb 18 2015 ![]() Bahan A 500 gm mee kuning 5 biji telur [ dipukul] Bahan B 100 gm udang basah [buangkan kulit] 150 gm a ... DONATPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan2 : 1 kg tepung gandum 1paket mauripan 2 sudu planta 1 sudu besar gula halus 1 sudu susu tepung/su ... |
Cara Membunuh Kutu Posted On Sun Jun 16 2013 ![]() Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala ... .. |
Ni lah yang saya cari selama ni. Tq Sayang
ReplyDelete