Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Monday, August 5, 2013

Lodeh Johor

Bahan- Bahan Sayur

10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil) @~RasaRempah

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara-Cara

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

Tempeyek / Rempeyek Johor

Bahan-bahan

250 gm tepung beras
50 gm tepung kanji kentang
2 sudu tepung sagu
300-400 ml santan cair
1 biji telur
1 sudu jintan*
1 sudu ketumbar*
2 sudu udang kering*
2 sudu cili mesin
* bahan tersebut di mesin

kacang tanah dibakar 15 minit
ikan bilis
@~RasaRempah

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis.
Panaskan minyak, dan siramkan tepi kuali dengan minyak panas.
Ambil satu senduk adunan, masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis, disiram ditepi kuali.
Siramkan dgn minyak panas dan kikiskan sedikit agar tidak melekat dan goreng hingga garing.

Kek buah kukus

Bahan-bahan

250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter spt SCS)
350g gula pasir kasar
60ml air panas mengelegak
500g buah-buahan campuran (atau jenama Big Sister)
3 biji telur gred A+
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu kecil esen vanila
@~RasaRempah

Cara-cara

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Petua supaya kek buah menjadi gebu dgn jayanya.

** Boleh kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur meleleh sesangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni

Biskut: Almond Manchester

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung*
300 gm tepung gandum*
2 sudu tepung beras*
1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
sedikit butter/shortening utk cairkan coklat @~RasaRempah

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
Masukkan serbuk badam, kacau
Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh (bukan bodoh).
Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
Siaplah biskut Almond Manchester untuk dingap.

Nasi Beryani dan Dalca Johor

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

REMPAH TUMISAN :

30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

DALCA

BAHAN-BAHAN :

300 grm daging lembu batang pinang
1 peket rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - boleh ditambah

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kisar semua bawang merah, bawang putih dan halia. Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos , saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat. Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan bersama dengan air rebusan kacang dal , daging dan biarkan daging masak serta menjadi empuk . Masukkan ubi kentang dan biar ubi masak sehingga empuk kemudian boleh la masuk carrot . Bila carrot agak empuk boleh dimasuk kacang dal , terung serta garam secukup rasa dan kacau sekejap dalca ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .

Resepi: Ayam Masak Merah Juadah Raya

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
Garam dan gula secukup rasa
tomato sos secukupnya
cili sos secukupnya
3 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan
@~RasaRempah

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
7 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
3 batang serai

REMPAH TUMISAN :
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak .

-Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan-bahan dikisar dengan bahan rempah sehingga wangi semerbak kemudian boleh la dimasukkan cili kisar dan digaul rata . Biarkan sampai cili masak dan pecah minyak . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

Selamat mencuba

Thursday, August 1, 2013

Resepi: Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan


nasi
rempah tomyam adabi
bawang putih
serai
daun limau purut
carot
cili boh
sos tiram
kicap manis
udang dan sotong
 garam dan perisa secukup rasa
@~RasaRempah

Cara-cara

tumis bwg putih sapai kekuningan

Masukkan cili boh rempah tomyam dan sos tiram.

Masukkan sotong,udang, serai dan daun limau purut kacau sehingga masak.

Kemudian masukan carot garam dan bahan parisa

Akhir sekali masukkan nasi serta sedikit kicap

Siap untuk dihidang

Resepi: Nasi Goreng Mentega

Bahan-bahan


Nasi
Mentega
Telur
Garam
@~RasaRempah

Cara-cara

Masukkn mentega. biar cair. masuk kn telur kacau (rupe x kering2 basah sikit.. nk jd cam telur hancur tp tak jd)

Kemudian terus masuk nasi.. kacau-kacau hingga rata

masukkan garam cukup rasa

Siap untuk di hidang

Resepi: Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

nasi sejuk 3 cawan
dada ayam 3 ketul potong kecik-kecik
bawang putih 6 ulas
bawang besar 1 biji
sayur campur 1/2 cawan
sos tiram 3 sudu
@~RasaRempah

Cara-cara

tumbuk bawang putih dan bawang besar

tumis bawang
masukkan sayur campur

masukkan sos tiram dan garam dan akhir sekali masukkan  nasi

Boleh tambah:

sedikit lada sulah / lada hitam utk pedas

udang dah buang kulit

telur 2 biji - masukkan sebelum nasi

TIPSNYA...
bawang sedap ditumis sampai naik bau dan saya suka kalau bawangnya hangus2 sikit tapi tak legam ye...minyak mesti cukup, jgn lebih dan jgn kurang.

Gunakan api besar lepas masukkan nasi dan kacau lama sikit supaya nasik garing

Resepi: SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang makan)

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
@~RasaRempah

Cara-cara

1.  Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.   Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.   Masukkan 2 cawan air.
4.   Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada
      hitam. Biarkan mendidih.
5.   Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.   Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.   Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.   Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2

Resepi: Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan ( 2 org )

* Untuk Pes*
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar(sb) sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
@~RasaRempah

* Untuk Mee * 
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

Untuk Pes-  Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

Campurkan semua bahan utk pes dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi pes yg agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Untuk Mee- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb pes td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Kuah ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Pes ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh....

Resepi: Laksam

Bahan-bahan

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan hiasan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
 Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil
@~RasaRempah

Cara-cara

Untuk laksam:

Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati.

Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.

Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan.

Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.

Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.

Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.

Gulung memanjang dan potong kecil.


Untuk kuah:

Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.

Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Resepi: Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan

1 kilo kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
20 batang crab meat (ikut suka banyak)
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air
@~RasaRempah


Cara-cara

Cuci dan toskan kuey teow

Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih

Panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing

Masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)

Masukkan garam+perasa dan kacau rata

Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)

Masukkan taugeh dan crab meat dan kacau hingga sebati

Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Resepi: Mee Sup

Bahan-bahan

Mee Kuning (1 bungkus)
200gm daging lembut
10-15 ekor udang sederhana besar
1 kiub ayam maggi
6 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia, diketuk
1/2 sudu teh lada sulah
4 biji bawang kecil-dihiris halus
4 biji telur
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit kicap
1-2 sudu makan sos tiram
10 biji fish ball
2 keping fish cake-dihiris tipis
1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
sayur-sayuran (jika suka) :
1 batang lobak merah (potong memanjang)
10 kuntum cendawan tiram
2 tangkai daun sawi
sedikit bunga kobis
Bahan-bahan hiasan :
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng/bawang goreng segera
cili merah yang di hiris nipis
cili api
@~RasaRempah

Cara-cara

Bersihkan daging dan hiris nipis.

Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.

Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan di lumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.

Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.

Masukkan daging yang telah di hiris sehingga daging berubah warna. Masukkan air secukupnya.

Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan kiub ayam maggi.

Bila daging telah lembut, masukkan pula garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.

Masukkan udang, fish ball, fish cake, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.

Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak. Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.

Ambil mee yang telah dicelur, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng. Bubuh cili merah yang di hiris tadi.

Boleh di hidang panas-panas.

Resepi: Mee Kari Udang

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang makan )

Udang 1/2 kg
Mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
Rempah kari 2 senduk kecil
Cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak bagi wangi. tak letak pun xpa)
Daun kari 1 tangkai
Tahu kering (yg macam dlm pic tu)
Udang kering sikit*
Asam keping dlm 2,3 keping
Pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebiji
Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api @~RasaRempah

Cara-cara

Tumbuk bahan *

Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.

Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.

Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari

Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.

Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.

Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan

Resepi: Mee Hailam

Bahan-bahan (6 orang)

500 g mee kuning
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
1 cawan taugeh (optional)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos abalone*
1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa @~RasaRempah

Cara-cara

Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.

Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.

Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).

Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Resepi: Mee Goreng Basah

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sudu besar (sb) pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
Garam &  gula
** lada jeruk **
Cuka
Gula & garam
Lada besar hijau
@~RasaRempah

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata.
Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.

Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...

Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk

Resepi: Mee Kuning Campak

Bahan-bahan

600 gm atau sekati mee kuning
200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh Ganti dengan ayam atau daging
100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
2 sudu besar kicap manis
Air untuk jadikan kuah

Bahan untuk kisar:

2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
Bahan untuk sambal kicap:
5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!
@~RasaRempah

Cara-cara

Basuh mee kuning tadi dan toskan.

Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil.

Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai.

Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur.

Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!

Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air.

Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya.

Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

Resepi: Bihun Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan (untuk 1 Keluarga makan)

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
Bahan bertanda ( * ) dikisar bersama 1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk  lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
Secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
Garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
Minyak untuk memasak

Cara-cara

Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan

Masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu

Masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit

Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar

Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak

Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap

Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Resepi: Masak Lemak Cili Api Daging Salai Dengan Rebung

Bahan-bahan


15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
500 gram daging salai
100 gram rebung masam-(basuh dan toskan)
600ml santan cair
400ml santan pekat
2 batang serai di titik
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 helai daun kunyit-disiat
sedikit serbuk kunyit
garam ikut keperluan
@~RasaRempah

Cara-cara

Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.

Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.

Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.

Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.

Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

Resepi: Ayam Rendang Kedah

Bahan-bahan


1 ekor ayam-dipotong2
santan dari 2 biji kelapa-akak guna 1 cawan santan pekat campur dgn 1/2 cawan air
1 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
garam dan serbuk perasa (jika suka)
2 sudu besar minyak sapi-tukar ke minyak sayuran
Bahan Kisar :
10 biji bawang merah
10 cm lengkuas
5 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 batang serai
100 gm cili kering
@~RasaRempah

Cara-cara

Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.

Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.

Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk di hidang.

Resepi: Ayam grill madu

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
( TUMBUK ) 2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam
@~RasaRempah

Cara-cara

Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas
.
Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Resepi: Ayam Percik

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar 1
/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
Sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
@~RasaRempah

Cara-cara

Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.

Masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.

Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.

Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Resepi: Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan ( 2 orang )

3 keping dada ayam (ambil isi sahaja) 
1 batang serai (dititik) 
5 helai daun limau purut 
2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar) 
6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar) 
1 camca sos ikan (sos nampla) 
1 camca sos tiram 
Secubit gula dan sedikit ajinomoto 
sedikit minyak untuk menumis 
1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 
1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 

Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan

Resepi: Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4 orang makan)

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

@~RasaRempah

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga  2/3 masak.

2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..