Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Friday, December 20, 2013

Resepi Istimewa Ikan Bakar Portugis


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan pari tuka (bersaiz 7 inci setiap seekor)
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit minyak bawang putih (5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya, layur atas api supaya lembut
@~RasaRempah

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dikerat dua setiap seekor, cuci bersih, buang insangnya dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan dan sementara itu kita buat sambal.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Ikan pari dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang. Sapu sedikit sambal atasnya, letak sekeping ikan pari, sapu sambal atas ikan pari tadi dan tabur sedikit hirisan bung kantan. Letak lagi sekeping, sapu sambal dan tabur lagi hirisan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama dengan baki ikan, sambal dan bahan2 lain.

Kemudian bakar dalam oven hingga masak, atau atas api bara. Bakar guna pemanggang ajaib IKAN atau pemanggang yang ada kat rumah tu dan setiap bahagian dimasak selama 10 minit. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.

Resepi Ayam Golek Popular Madu


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 biji bawang merah | untuk merebus
½ sudu teh serbuk kunyit | “
5 ulas bawang putih | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
7 cm halia
3 batang serai | dititik
5 sudu makan minyak
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
150gm kismis
10 biji cili kering
300ml santan pekat - kakcu kurangkan santan
Garam secukup rasa
3 sudu madu
@~RasaRempah

 
Cara memasak:

1.Rebus ayam seekor dengan memasukkan bawang dan serbuk kunyit.Setelah masak toskan ayam.

2.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. (kakcu panggang ayam dlm oven dgn suhu 180 darjah selama 1 jam - sehingga masak)

3.Untuk bahan kuah:Panaskan minyak masak di dalam kuali.Tumis semua bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau.

4.Selepas itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Kacau hingga wangi.

5.Seterusnya masukkan santan dan kismis yang telah dikisar masak hingga agak pekat.Tambahkan madu dan garam secukup rasa.

6.Letakkan ayam dalam pinggan yang cantik, tuangkan kuah dan hias dengan cantik.

Satay Cucuk Istimewa


Bahan-bahan (20 cucuk atau lebih )
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

BAHAN PERAP
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak

BAHAN PERCIK
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cawan gula perang
Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN @~RasaRempah 
Timun secukupnya sebagai ulam
Bawang besar sebagai ulam
Ketupat nasi (jika suka)
Lidi satay secukupnya

Cara-cara
Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

Monday, August 5, 2013

Lodeh Johor

Bahan- Bahan Sayur

10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil) @~RasaRempah

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara-Cara

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

Tempeyek / Rempeyek Johor

Bahan-bahan

250 gm tepung beras
50 gm tepung kanji kentang
2 sudu tepung sagu
300-400 ml santan cair
1 biji telur
1 sudu jintan*
1 sudu ketumbar*
2 sudu udang kering*
2 sudu cili mesin
* bahan tersebut di mesin

kacang tanah dibakar 15 minit
ikan bilis
@~RasaRempah

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis.
Panaskan minyak, dan siramkan tepi kuali dengan minyak panas.
Ambil satu senduk adunan, masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis, disiram ditepi kuali.
Siramkan dgn minyak panas dan kikiskan sedikit agar tidak melekat dan goreng hingga garing.

Kek buah kukus

Bahan-bahan

250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter spt SCS)
350g gula pasir kasar
60ml air panas mengelegak
500g buah-buahan campuran (atau jenama Big Sister)
3 biji telur gred A+
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu kecil esen vanila
@~RasaRempah

Cara-cara

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Petua supaya kek buah menjadi gebu dgn jayanya.

** Boleh kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur meleleh sesangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni

Biskut: Almond Manchester

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung*
300 gm tepung gandum*
2 sudu tepung beras*
1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
sedikit butter/shortening utk cairkan coklat @~RasaRempah

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
Masukkan serbuk badam, kacau
Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh (bukan bodoh).
Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
Siaplah biskut Almond Manchester untuk dingap.

Nasi Beryani dan Dalca Johor

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

REMPAH TUMISAN :

30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

DALCA

BAHAN-BAHAN :

300 grm daging lembu batang pinang
1 peket rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - boleh ditambah

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kisar semua bawang merah, bawang putih dan halia. Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos , saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat. Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan bersama dengan air rebusan kacang dal , daging dan biarkan daging masak serta menjadi empuk . Masukkan ubi kentang dan biar ubi masak sehingga empuk kemudian boleh la masuk carrot . Bila carrot agak empuk boleh dimasuk kacang dal , terung serta garam secukup rasa dan kacau sekejap dalca ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .

Resepi: Ayam Masak Merah Juadah Raya

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
Garam dan gula secukup rasa
tomato sos secukupnya
cili sos secukupnya
3 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan
@~RasaRempah

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
7 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
3 batang serai

REMPAH TUMISAN :
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak .

-Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan-bahan dikisar dengan bahan rempah sehingga wangi semerbak kemudian boleh la dimasukkan cili kisar dan digaul rata . Biarkan sampai cili masak dan pecah minyak . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

Selamat mencuba

Thursday, August 1, 2013

Resepi: Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan


nasi
rempah tomyam adabi
bawang putih
serai
daun limau purut
carot
cili boh
sos tiram
kicap manis
udang dan sotong
 garam dan perisa secukup rasa
@~RasaRempah

Cara-cara

tumis bwg putih sapai kekuningan

Masukkan cili boh rempah tomyam dan sos tiram.

Masukkan sotong,udang, serai dan daun limau purut kacau sehingga masak.

Kemudian masukan carot garam dan bahan parisa

Akhir sekali masukkan nasi serta sedikit kicap

Siap untuk dihidang

Resepi: Nasi Goreng Mentega

Bahan-bahan


Nasi
Mentega
Telur
Garam
@~RasaRempah

Cara-cara

Masukkn mentega. biar cair. masuk kn telur kacau (rupe x kering2 basah sikit.. nk jd cam telur hancur tp tak jd)

Kemudian terus masuk nasi.. kacau-kacau hingga rata

masukkan garam cukup rasa

Siap untuk di hidang

Resepi: Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

nasi sejuk 3 cawan
dada ayam 3 ketul potong kecik-kecik
bawang putih 6 ulas
bawang besar 1 biji
sayur campur 1/2 cawan
sos tiram 3 sudu
@~RasaRempah

Cara-cara

tumbuk bawang putih dan bawang besar

tumis bawang
masukkan sayur campur

masukkan sos tiram dan garam dan akhir sekali masukkan  nasi

Boleh tambah:

sedikit lada sulah / lada hitam utk pedas

udang dah buang kulit

telur 2 biji - masukkan sebelum nasi

TIPSNYA...
bawang sedap ditumis sampai naik bau dan saya suka kalau bawangnya hangus2 sikit tapi tak legam ye...minyak mesti cukup, jgn lebih dan jgn kurang.

Gunakan api besar lepas masukkan nasi dan kacau lama sikit supaya nasik garing

Resepi: SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang makan)

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
@~RasaRempah

Cara-cara

1.  Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.   Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.   Masukkan 2 cawan air.
4.   Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada
      hitam. Biarkan mendidih.
5.   Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.   Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.   Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.   Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2

Resepi: Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan ( 2 org )

* Untuk Pes*
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar(sb) sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
@~RasaRempah

* Untuk Mee * 
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

Untuk Pes-  Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

Campurkan semua bahan utk pes dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi pes yg agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Untuk Mee- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb pes td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Kuah ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Pes ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh....

Resepi: Laksam

Bahan-bahan

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan hiasan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
 Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil
@~RasaRempah

Cara-cara

Untuk laksam:

Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati.

Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.

Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan.

Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.

Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.

Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.

Gulung memanjang dan potong kecil.


Untuk kuah:

Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.

Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Resepi: Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan

1 kilo kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
20 batang crab meat (ikut suka banyak)
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air
@~RasaRempah


Cara-cara

Cuci dan toskan kuey teow

Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih

Panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing

Masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)

Masukkan garam+perasa dan kacau rata

Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)

Masukkan taugeh dan crab meat dan kacau hingga sebati

Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Resepi: Mee Sup

Bahan-bahan

Mee Kuning (1 bungkus)
200gm daging lembut
10-15 ekor udang sederhana besar
1 kiub ayam maggi
6 biji bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia, diketuk
1/2 sudu teh lada sulah
4 biji bawang kecil-dihiris halus
4 biji telur
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit kicap
1-2 sudu makan sos tiram
10 biji fish ball
2 keping fish cake-dihiris tipis
1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
sayur-sayuran (jika suka) :
1 batang lobak merah (potong memanjang)
10 kuntum cendawan tiram
2 tangkai daun sawi
sedikit bunga kobis
Bahan-bahan hiasan :
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng/bawang goreng segera
cili merah yang di hiris nipis
cili api
@~RasaRempah

Cara-cara

Bersihkan daging dan hiris nipis.

Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.

Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan di lumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.

Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.

Masukkan daging yang telah di hiris sehingga daging berubah warna. Masukkan air secukupnya.

Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan kiub ayam maggi.

Bila daging telah lembut, masukkan pula garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.

Masukkan udang, fish ball, fish cake, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.

Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak. Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.

Ambil mee yang telah dicelur, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng. Bubuh cili merah yang di hiris tadi.

Boleh di hidang panas-panas.

Resepi: Mee Kari Udang

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang makan )

Udang 1/2 kg
Mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
Rempah kari 2 senduk kecil
Cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak bagi wangi. tak letak pun xpa)
Daun kari 1 tangkai
Tahu kering (yg macam dlm pic tu)
Udang kering sikit*
Asam keping dlm 2,3 keping
Pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebiji
Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api @~RasaRempah

Cara-cara

Tumbuk bahan *

Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.

Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.

Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari

Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.

Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.

Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan

Resepi: Mee Hailam

Bahan-bahan (6 orang)

500 g mee kuning
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
1 cawan taugeh (optional)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos abalone*
1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa @~RasaRempah

Cara-cara

Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.

Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.

Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).

Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Resepi: Mee Goreng Basah

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sudu besar (sb) pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
Garam &  gula
** lada jeruk **
Cuka
Gula & garam
Lada besar hijau
@~RasaRempah

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata.
Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.

Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...

Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk

Resepi: Mee Kuning Campak

Bahan-bahan

600 gm atau sekati mee kuning
200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh Ganti dengan ayam atau daging
100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
2 sudu besar kicap manis
Air untuk jadikan kuah

Bahan untuk kisar:

2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
Bahan untuk sambal kicap:
5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!
@~RasaRempah

Cara-cara

Basuh mee kuning tadi dan toskan.

Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil.

Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai.

Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur.

Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!

Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air.

Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya.

Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

Resepi: Bihun Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan (untuk 1 Keluarga makan)

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
Bahan bertanda ( * ) dikisar bersama 1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk  lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
Secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
Garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
Minyak untuk memasak

Cara-cara

Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan

Masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu

Masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit

Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar

Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak

Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap

Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Resepi: Masak Lemak Cili Api Daging Salai Dengan Rebung

Bahan-bahan


15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
500 gram daging salai
100 gram rebung masam-(basuh dan toskan)
600ml santan cair
400ml santan pekat
2 batang serai di titik
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 helai daun kunyit-disiat
sedikit serbuk kunyit
garam ikut keperluan
@~RasaRempah

Cara-cara

Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.

Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.

Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.

Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.

Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

Resepi: Ayam Rendang Kedah

Bahan-bahan


1 ekor ayam-dipotong2
santan dari 2 biji kelapa-akak guna 1 cawan santan pekat campur dgn 1/2 cawan air
1 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
garam dan serbuk perasa (jika suka)
2 sudu besar minyak sapi-tukar ke minyak sayuran
Bahan Kisar :
10 biji bawang merah
10 cm lengkuas
5 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 batang serai
100 gm cili kering
@~RasaRempah

Cara-cara

Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.

Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.

Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk di hidang.

Resepi: Ayam grill madu

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
( TUMBUK ) 2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam
@~RasaRempah

Cara-cara

Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas
.
Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Resepi: Ayam Percik

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar 1
/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
Sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
@~RasaRempah

Cara-cara

Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.

Masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.

Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.

Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Resepi: Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan ( 2 orang )

3 keping dada ayam (ambil isi sahaja) 
1 batang serai (dititik) 
5 helai daun limau purut 
2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar) 
6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar) 
1 camca sos ikan (sos nampla) 
1 camca sos tiram 
Secubit gula dan sedikit ajinomoto 
sedikit minyak untuk menumis 
1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 
1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 

Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan

Resepi: Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4 orang makan)

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

@~RasaRempah

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga  2/3 masak.

2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Friday, July 26, 2013

Resepi: Kek Coklat Kukus





1 cwn gula perang
1 cwn susu segar biasa/perisa coklat
1 cwn minyak masak
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

- Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk koko,gula,susu segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk & panaskan diatas api kecil hingga semua larut. Matikan api.
- Pkl telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn tepung. Gaul sebati.
- Tuang dlm loyang yg dh digris dan dilapik dgn baking paper.
- Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dlm kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

tips: api jgn terlalu besar bile kukus kek ni,nnti kek merekah.
Guna api sederhana.

-rasarempah-

Topping coklat:

coklat masakan + susu cair + sedikit mentega, double boilerkan atas api kecik hingga cair dh sejuk baru siram atas kek

Resepi: Puding karamel



Bahan Puding:

400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji telur kuning
esen vanila

Karamel:

5 sudu besar gula halus
2 sudu besar air
Sedikit jus lemon/jus oren (optional)

Untuk Karamel:

1. Masukkan gula ke dlm periuk dgn 1 sudu besar air dan sedikit jus lemon. Masak atas api kecil. Bila nmpk sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah hingga perang, tuang dlm loyang. ketepikan.

Untuk Puding:

1. Masukkan telur dan kuning telur ke dlm mangkuk. Kacau perlahan hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan susu (agak2 suam, tutup api), esen vanila dan gula. Kacau hingga gula larut.

3. Susu tadi boleh di campurkan ke dlm telur tadi dn kacau perlahan hingga sebati. Tapis dn tuangkan ke dlm loyang karamel.

4. Bakar guna kaedah steam-bath selama 1 jam 160C. (Guna api bawah sahaja).

5. setelah puding masak,sejukkan. Barulah boleh diterbalikkan di atas pinggan. -rasarempah-

Resepi: Kerabu Mangga

Kerabu pauh



bahan2nya berapa biji pauh di parut,cili dihiris,bawang merah dimayang,udang kering dibasuh dan rendam air panas ditumbuk/hiris kasar gaul semua bahan sekali masukkan gula dan garam secukup rasa anda - rasarempah.blogspot.com

Resepi: Ketam masak gulai nanas





Bahan2
Sekilogram ketam dibersihkan dan dibelah dua jika suka
3 sudu rempah kari ikan
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sebiji nanas dikupas atau (boleh guna nanas dlm tin)
dan dihiris ikut suka
1 biji Bawang besar..5 ulas bawang putih dan 1 inchi halia diblender
1 biji bawang besar ..3 ulas bawang putih dan seinci halia di mayang untuk menumis
2 tangkai daun kari
Garam ..gula..secukup rasa

Cara:
Tumis bhn yg dimayang dan daun kari hingga naik bau
Masukkn bhn yg di blender dan rempah kari serta santan..tumis hingga pecah minyak dan berbau wangi..kacau supaya tak berkerak
Masukkan air asam dan nanas biar seketika hingga mendidih
Masukkan ketam
Perisakan dengan garam dan gula..
Jika guna nanas dlm tin..masukkan skli setengah sirap nanas tersebut dan tk perlu ditambah gula
Biarkan ketam masak dan mendidih
Matikan api..sedia dihidang..
Selamat mencuba

Resepi: Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih

Homemade mushroom soup dan garlic bread



Bahan2 :
Censawan shitakee direndam dan di dadu halus
Cendawan butang dicuci bersih dan didadu
Sekeping dada ayam dicincang
Bawang putih dan bawang besar di cincang halus
3 sudu tepung gandum
Serbuk Lada sulah
Serbuk Lada hitam
Stok ayam samada dibuat sendiri or beli yg sedia ada
Garam

Bahan utk garlic bread
Roti perancis dipotong slanting
Mentega atau margerin
Garam
Beberapa ulas bawang putih
Oregano

Cara buat soup
Tumis bawang besar dan putih hingga naik bau
Masukkan cendawan dan ayam cincang
Kacau sebati
Masukkan 1/2 stok ayam dan biarkn mendidih
1/2 lagi stok ayam di bancuh dengan tepung
Pastikan tidak berketul
Bila soup dh mendidih..masukkancampuran stok ayam dgn tepung dan teruskan mengacau supaya tidak berkerak
Soup akn menjadi likat..perisakan dengan garam, lada sulah dan black pepper..

Cara buat roti
Cincang bawang putih hingga halus
Masukkn dlm mentega atau margerin
Tambahkn garam dn oregano
Kacau sebati
Sapukn atas roti yg telah dipotong
Masukkn dlm oven
Dan bakar dengan suhu150 drjh celcius api atas bawah
Hingga keperangan

Hidangkan bersama mushroom soup..
Selamat mencuba

Resepi: Pasta Shape



Bahan2
Pasta shape direbus selama 10 minit
Bahan untuk kuah
Bawang besar*
Bawang putih*
Daun basil kering
Daun bay kering
Sos cili 2 cup
Sos tomato 2 cup
Sos lada hitam 1 cup
Sosej
Isi ayam dicingcang
Cendawan tin potong halus

Bahan yang bertanda *
Harus di potong dadu

Cara2
Tumis bawang merah + putih
Bersama daun 1 helai daun bay
Bila kekuningan masukkan isi daging dan sosej. Dan cendawan

Masukkan semua sos.
Last masukkan daun basil 1 sudu besar
Garam.

Siap

Resepi: Sotong Sumbat



BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang puith
Halia
Serai
Kayu manis
Serbuk Cili Kering
Serbuk Kaki ( saya guna kari ikan babas)
sedikit kicap manis
garam dan gula secukupnya
lidi untuk mencucuk

BAHAN TELUR:
2 biji telur ayam
Seulas bawang merah dimayang halus-halus
lada sulah

Cara-cara:

Goreng telur ayam dengan minyak yang sedikit. Kemudian telur dihancurkan dan digaul dengan bwang serta sedikit lada sulah.
Angkat dan ketepikan.

Sediakan sotong yang telah dibersihkan, cabut kepalanya. Kemudian sumbat telur hancur tadi dalam perut sotong sehingga penuh. Kemudian masukkan semula kepala sotong tadi dan cucuk lidi di badan dan kepala supaya isi perut tidak terkeluar.

Setelah itu, sediakan kuali untuk menumis. letak sedikit minyak, kemudian tumis kayu manis, serai dan bahan kisar. Kemudian masukkan sedikit serbuk cili kering. Setelah itu masukkan sotong dan masak sehingga sotong tidak liat. Kemudian masukkan sedikit kicap manis, air untuk kuah jika tidak mahu kering serta garam dan gula.

Sedia untuk dimakan..yummy..

Resepi: Ikan merah masak black paper


BAHAN2 :
1. ikan merah (tpulang nak gune ayam/daging atau ikan lain)
2. sedikit halia / 3 ulas bawang kecil / 3 ulas bawang putih - ditumbuk.
3. 1 biji bawang besar - dihiris
4. 1 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5. 1 sudu besar sos tiram
6. kicap
7. air secukupnya
8. Sedikit garam
9. lada hitam yg telah dikisar halus
10. Kacang buncis dan 2 biji tomato(dipotong)
11.Minyak masak

LANGKAH2 :
1. Goreng ikan terlebih dahulu..
2. setelah ikan di angkat, tumiskan pula bahan no.2 dan masukkan pula bahan no.4 dengan minyak yg sedikit.. tumis sehingga naik bau.
3. masukkan sos tiram dan air.. kacau.. kemudian masukkan kicap, lada hitam (ikut rase yg anda inginkan) dan garam secukup rasa.
4. bawang besar yang telah dihiris tadi di masukkan.
5. kemudian, masukkan kacang dan kacau supaya kacang empuk tlebih dahulu.. setelah itu baru masukkan ikan dan tomato.
6. kacau sume bahan tadi supaya sebati.
7. setelah itu, di angkat dan blh dihidangkan

** utk hiasan, boleh letakkan cili merah/hijau yg dihiris halus, dan blh juga taburkan daun sup.

Wednesday, July 24, 2013

Resepi: Nasi Goreng



Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)

Cara Cara
1) Panaskan sedikit minyak lalu goreng ayam. Kemudian masukkan udang dan telur.
2) Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.
3) Masukkan sayur campuran dan daun bawang.

Resepi: Nasi Paprik



Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi

resepi: Ikan Masak Kicap



Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1) 4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning
2) 1/2 biji bawang besar*
3) 3 ulas bawang putih*
4) 2 inci halia - dimayang halus
5) 1/2 cawan kicap manis
6) 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
7) garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis
9) 1/2 biji bawang besar dimayang

Cara-cara
1) Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
2) Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
3) Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
4) Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
6) Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang

Resepi: Asam Pedas Ikan Kembung



Bahan-bahan

1) 5 ekor ikan kembung
2) 25 tangkai cili kering
3) 15 tangkai cili padi
4) 1 biji bawang besar @ 8 biji bawang merah
5) 5 ulas bawang putih
6) 2 cm halia
7) 2 cm kunyit hidup
2 batang serai
9) Sengenggam udang kering - rendam dan toskan
10) 7 batang bendi
11) secekak daun kesum
12) 2 biji tomato
13) segenggam asam jawa
14) 1 liter air - bergantung pada tahap kepekatan yang diingini
15) garam secukup rasa
16) gula secukup rasa

Cara memasak

1) Blend cili kering, cili api, bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, dan udang kering dengan sedikit air. Ketepikan.
2) Tumis bahan yang telah di blend tadi hingga garing.
3) Masukkan ikan kembung yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu. Kacau seketika
4) Ramas asam jawa dengan semangkuk air hingga menjadi pes. Curah kedalam periuk tadi.
5) Masukan air yang selebihnya, kacau rata.
6) Bila hampir empuk, msaukkan daun kesum dan bendi dan tomato. Kacau lagi.
7) Perasakan dengan garam dan gula. Rasa apa yang kurang dan tambah apa yang patut.

Resepi: Bubur Lambuk Kedah

..atau dikenali sebagai 'Kanji' di Kedah.


Bahan:

2 pot beras

3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
2 batang serai diketuk
1 sudu teh halba
1 sudu the lada hitam
½ cawan daging dipotong halus
½ cawan udang hidup
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa

Cara:

1. panaskan minyak. Tumiskan bawang2 bersama halba dan lada
Hitam sehingga wangi.
2. masukan daging dan udang serai kacau sebentar.
3. masukkan santan cair secukupnya dan beras dan garam. Masak
Sehingga Beras pecah2 masukan pati santan sehingga mendidih.

Resepi: Ikan Siakap Tiga Rasa



Bahan-Bahan:
1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
2. garam dan kunyit
3. sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah

Bahan untuk sos:
1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (dimayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis

Resepi: Kailan Ikan Masin



1. Sayur Kailan-Dipotong
2. 1 Keping Ikan Tenggiri Masin Potong Kecik2
3. 1 Sudu Air Dr Botol Ikan Masin Td
4. 1 Biji Bawang Besar-Dimayang Bulat
5. 1 Inci Halia-Diketuk
6. Bawang Putih-Diketuk
7. 1 Sudu Besar Sos Tiram
8. 1 Sudu Besar Sos Ikan
9. Sedikit Air Asam Limau Nipis
10. Minyak Untuk Menggoreng
11. Panaskan Minyak Tumis Ikan Masin Tenggiri Tadi Hingga Naik Bau
12. Kemudian Tumis Bwg Putih,Bwg Besar Dan Halia.Masukan Sos Tiram.
13. Masukkan Sayur Dan Tambah Air Dr Botol Ikan Masin Td,Masukkan Sos Ikan Kacau Rata.
14. Masukkan Sdkt Air Dan Biarkan Seketika.
15. Hidangkan. Tabur Sdkt Lada Sulam Dan Perah Air Asam Limau.

Resepi: Ayam Goreng Berempah



Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
3.Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

Resepi: Nasi Tomato



Nasi Tomato I

Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.

Nasi Tomato II

Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

P.s – lauk iringan - ayam masak merah, acar sayur… yum yum..

Resepi: Serunding Ikan



BAHAN-BAHAN
• 1 kilo ikan dan asam keping
• 2 cawan santan
• ½ cawan minyak
• Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A (DIKISAR SEMUA)
• 7 batang serai
• 2 inci halia
• 20 tangkai cili kering
• 20 biji bawang merah
• 10 biji @ 1 labu bawang putih

CARA MEMBUATNYA
• Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam.
• Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.
• Sediakan kuali dan masukkan minyak
• Masukkan bahan yang dikisar (A)
Setelah itu terus masukkan ikan dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering. (Kena sabar sikit, sebab proses nak mengeringkan itu mengambil masa yang agak lama).

Resepi: Burger Bakar Sempoi



Bahan-bahan ( 5 biji )
1 paket daging cincang 400g (tapis airnya)
1/2 biji bawang besar didadu
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos bbq
1 sudu besar lada hitam
1 biji telur saiz kecil
garam secukup rasa
sedikit mentega untuk grill


Cara-cara
gaul rata semua bahan..kecuali mentega..
bentukkan adunan menjadi doh2 kecil..tambah sedikit tepung jika adunan terlalu basah..
panaskan mentega dalam pan non stick atau pemanggang ajaib..dan grilled burger dengan api kecil..
hidangkan dengan roti yg disapu mentega..lapisan keju..mayonis..sos cili atau sos lada hitam..hirisan timun, tomato dan bawang besar..

Resepi: Paprik Ayam



Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
3-4 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

- panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
- masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..