Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Wednesday, November 26, 2014

Hiasan Makanan Gubahan Epal Hello Kitty

Jom hias masakan anda supaya lebih menarik. Kita cuba cara hiasan yang pelik dan luar biasa sikit. Macam kraftangan pun ada juga. Gunakan epal untuk menghasilkan Hello Kitty


Petua Melembutkan Daging Sebelum Memasak

Melembutkan Daging

Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.

Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.

Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.

Petua Hilangkan Tanda Hangus Pada Periuk


Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Petua Simpan Telur Tahan Lama


Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Petua : Harumkan Bawang Tumis


Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Tuesday, November 25, 2014

Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol)

Bahan-bahan ( 5/6 orang makan )

1 ekor ikan tongkol/ aya ( potong ikut kehendak )
Santan dari sebiji kelapa
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 lada besar
1/2 inci lengkuas di hiris
1/2 inci halia *
1 sudu pes cili kering
1 sudu teh serbuk ketumbar
5,6 biji cili padi *
1/2 inci kunyit hidup *
Garam, gula dan perasa

Cara-cara

1- ikan di bersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping,sedikit lengkuas yang di hiris dan sedikit garam.Rebus ikan sehingga airnya agak kering.Ketepikan.

2-tumbuk bahan - bahan yang bertanda * hingga hampir lumat.

3-Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.

4-Masukkan santan, biarkan hingga mendidih.Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.

5-Apabila mendidih,masukkan ikan, asam keping,serbuk ketumbar,lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.

6-Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan

Onde-Onde (Buah Melaka)

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka /
sehelai daun pandan
Pewarna hijau,
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara memasak :

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.

Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, .
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.

Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Sedia untuk dihidangkan

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
- Masukkan sayur jika perlu
- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
- Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)
- Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
- Susun slice cheese ke atas inti
- Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
- Dan ulang seperti layer pertama tadi
- Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
- Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
-siap dan hidangkan

Sambal Ikan Bilis Petai

Bahan untuk di kisar halus
10/11 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
1 labu bawang besar di belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak

Bahan-bahan lain
1/2 senduk minyak (utk tumis)
bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh)
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1-Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan,masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak..

2-Masukkan asam keping/jus asam jawa

3-Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula,

4- Akhir skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..

5-siap dan hidangkan dengan nasi pnas

Buat Sendiri Sos Cheeesy Wedges

RESEPI SOS CHESSY WEDGES
Selalunya kita beli cheesy wedges ni kat KFC. Anak anak pula sangat suka, tapi kalau beli tiap tiap hari kopak juga duit. Apa kata kalau buat sendiri

Bahan-bahan
1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan untuk Sambal
1 biji kelapa parut digoreng sampai garing

Bahan B
5 ekor ikan selayang direbus dan ambil isinya
5 batang serai dihiris
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara Memasak

Kelapa parut digoreng garing. Bahan B dikisar

Gaul semua bahan tersebut sehingga sekata

Goreng sampai kering. Tambah sedikit gula melaka jika kurang manis kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.

Sejukkan dan kisar dengan agak-agak separuh lumat.

Siap. Hidang bersama nasi himpit.

kuih tepung gomak

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.

2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.

3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.

4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.

5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.

2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.

2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.

3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.

4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

PUYUH MASAK MASAM MANIS

PUYUH MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahannya:-
3/4 ekor burung puyuh (perap dgn lada sulah, kunyit dan garam)

bahan a
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
3 sudu besar cili kering
(dikisar)

bahan b
1/2 batang lobak merah
1 biji tomato
2 biji capsicum
2 putik jagung muda
1 potong nanas
2 batang saleri
2/3 lada besar
bawng besar
(dipotong)

2 sudu susu rendah lemak
4 sudu besar sos cili
1 cawan nestum
1 cawan tepung jagung
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1- Golek puyuh yang telah diperap tadi ke dalam tepung jagung, kemudian celup ke dalam telur yang dipukul yang telah dipukul dan golekkan pula ke dalam nestum.

2- Setelah disalutkan dengan nestum, goreng puyuh tadi sehingga warnanya kuning keemasan. Kemudian, angkat dan toskan.

4- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan a yang telah dikiosar tadi
sehingga naik bau dan masukkan sos cili dan tomato.

5- Setelah naik minyak, masukkan pula susu rendah lemak ke dalamnya.

6- Apabila sudah mendidih, masukkan bahan b iaitu sayur-sayuran dll,garam gula,burung puyuh ke dalamnya.

7- Kacau sehingga rata.

8- cukup rasa,dan puyuh masam manis sedia dihidang

SPECIAL: KUEY TEOW LADNA

KUEY TEOW LADNA SPECIAL


Bahan:
1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)

*AIR REBUSAN AYAM & DAGING

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara2 membuatnya:
1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.

6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.

7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi

8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

9. Perahkan sedikit limau kasturi

10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....

12. Hidangkan.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, pastikan ketam yang segar dan hidangan anda menjadi lazat

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan
Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara Penyediaan:

1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..