Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Wednesday, November 26, 2014

Hiasan Makanan Gubahan Epal Hello Kitty

Jom hias masakan anda supaya lebih menarik. Kita cuba cara hiasan yang pelik dan luar biasa sikit. Macam kraftangan pun ada juga. Gunakan epal untuk menghasilkan Hello Kitty


Petua Melembutkan Daging Sebelum Memasak

Melembutkan Daging

Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.

Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.

Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.

Petua Hilangkan Tanda Hangus Pada Periuk


Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Petua Simpan Telur Tahan Lama


Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Petua : Harumkan Bawang Tumis


Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Tuesday, November 25, 2014

Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol)

Bahan-bahan ( 5/6 orang makan )

1 ekor ikan tongkol/ aya ( potong ikut kehendak )
Santan dari sebiji kelapa
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 lada besar
1/2 inci lengkuas di hiris
1/2 inci halia *
1 sudu pes cili kering
1 sudu teh serbuk ketumbar
5,6 biji cili padi *
1/2 inci kunyit hidup *
Garam, gula dan perasa

Cara-cara

1- ikan di bersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping,sedikit lengkuas yang di hiris dan sedikit garam.Rebus ikan sehingga airnya agak kering.Ketepikan.

2-tumbuk bahan - bahan yang bertanda * hingga hampir lumat.

3-Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.

4-Masukkan santan, biarkan hingga mendidih.Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.

5-Apabila mendidih,masukkan ikan, asam keping,serbuk ketumbar,lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.

6-Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan

Onde-Onde (Buah Melaka)

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka /
sehelai daun pandan
Pewarna hijau,
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara memasak :

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.

Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, .
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.

Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Sedia untuk dihidangkan

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
- Masukkan sayur jika perlu
- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
- Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)
- Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
- Susun slice cheese ke atas inti
- Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
- Dan ulang seperti layer pertama tadi
- Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
- Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
-siap dan hidangkan

Sambal Ikan Bilis Petai

Bahan untuk di kisar halus
10/11 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
1 labu bawang besar di belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak

Bahan-bahan lain
1/2 senduk minyak (utk tumis)
bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh)
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1-Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan,masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak..

2-Masukkan asam keping/jus asam jawa

3-Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula,

4- Akhir skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..

5-siap dan hidangkan dengan nasi pnas

Buat Sendiri Sos Cheeesy Wedges

RESEPI SOS CHESSY WEDGES
Selalunya kita beli cheesy wedges ni kat KFC. Anak anak pula sangat suka, tapi kalau beli tiap tiap hari kopak juga duit. Apa kata kalau buat sendiri

Bahan-bahan
1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan untuk Sambal
1 biji kelapa parut digoreng sampai garing

Bahan B
5 ekor ikan selayang direbus dan ambil isinya
5 batang serai dihiris
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara Memasak

Kelapa parut digoreng garing. Bahan B dikisar

Gaul semua bahan tersebut sehingga sekata

Goreng sampai kering. Tambah sedikit gula melaka jika kurang manis kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.

Sejukkan dan kisar dengan agak-agak separuh lumat.

Siap. Hidang bersama nasi himpit.

kuih tepung gomak

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.

2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.

3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.

4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.

5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.

2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.

2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.

3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.

4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

PUYUH MASAK MASAM MANIS

PUYUH MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahannya:-
3/4 ekor burung puyuh (perap dgn lada sulah, kunyit dan garam)

bahan a
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
3 sudu besar cili kering
(dikisar)

bahan b
1/2 batang lobak merah
1 biji tomato
2 biji capsicum
2 putik jagung muda
1 potong nanas
2 batang saleri
2/3 lada besar
bawng besar
(dipotong)

2 sudu susu rendah lemak
4 sudu besar sos cili
1 cawan nestum
1 cawan tepung jagung
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1- Golek puyuh yang telah diperap tadi ke dalam tepung jagung, kemudian celup ke dalam telur yang dipukul yang telah dipukul dan golekkan pula ke dalam nestum.

2- Setelah disalutkan dengan nestum, goreng puyuh tadi sehingga warnanya kuning keemasan. Kemudian, angkat dan toskan.

4- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan a yang telah dikiosar tadi
sehingga naik bau dan masukkan sos cili dan tomato.

5- Setelah naik minyak, masukkan pula susu rendah lemak ke dalamnya.

6- Apabila sudah mendidih, masukkan bahan b iaitu sayur-sayuran dll,garam gula,burung puyuh ke dalamnya.

7- Kacau sehingga rata.

8- cukup rasa,dan puyuh masam manis sedia dihidang

SPECIAL: KUEY TEOW LADNA

KUEY TEOW LADNA SPECIAL


Bahan:
1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)

*AIR REBUSAN AYAM & DAGING

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara2 membuatnya:
1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.

6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.

7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi

8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

9. Perahkan sedikit limau kasturi

10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....

12. Hidangkan.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, pastikan ketam yang segar dan hidangan anda menjadi lazat

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan
Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara Penyediaan:

1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Wednesday, May 28, 2014

Resepi Kuih Keria

::Bahan2::
500gm Ubi Keledek –Kupas, potong2 dan rebus bersama air &garam-
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Gula
½ cawan Air

::Cara Penyediaan::
Rebus ubi hingga empuk,toskan airnya dan lenyekkan ubi hingga lumat.
Biarkan seketika hingga sejuk.
Apabila ubi sejuk baru masukkan tepung,uli hingga sebati dan bentukkan seperti donut.
Goreng hingga kekuningan.

Untuk siranya:
Masakkan air gula hingga pekat,perlahankan api,
Apabila gula pekat masukkan kuih keria ke dalam air gula tersebut,
kacau sedikit untuk sebati dan kemudian bolehlah ditutpkan api.siap untuk dihidangkan..

Sandwich sardin bergoreng

::Bahan::
10 keping roti
1 tin kecil ikan sardin
1 biji limau nipis-ambil perahan airnya
½ biji bawang besar-hiris
2 biji telur ayam
Sedikit garam dan gula
Minyak

::Cara penyediaan::
Hancurkan isi sardin dan campurkan dengan bawang besar,gula,garam dan perahan jus limau nipis,masakkan seketika atas api hingga sardin menjadi sedikit kering.masukkan inti ke dalam roti,lipatkan atau gulung.celupkan dalam telur dan gorengkan hingga keperangan.siap.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Untuk Nasi

3 pot beras (bersih&toskan)
½ bwg besar (dihiris)
1 btg kulit kayu manis
Buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih (ikut suka)
Stok ayam/kiub pati ayam
1 inci halia
1 ulas bwg putih (dikisar)
Planta/marjerin.
Daun pandan

Cara membuatnya
Panaskan marjerin,tumis bawang putih,halia,bawang besar,kulit kayu manis,buah pelage,bunga lawang,bunga cengkih.dan daun pandan,bila naik bau,masukkan beras dan kacau sebati,kemudian masukkan air,stok ayam,tmbhkn sedikit garam,masak seperti biasa,

Untuk Ayam
1 ekor ayam sederhana besar
1 1/2 inci halia ( dipotong/di ketuk)
5 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 periuk air
1 kiub pati ayam ( jika suka)
sedikit garam
minyak bijan secukupnya untuk memerap.

Cara membuatnya
1. Masukkan halia, bawang putih, garam dan kiub ayam dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Masukkan Ayam dan masak selama 40-45 minit (ikut saiz ayam).
3. Keluarkan ayam, masukkan ia dalam besen yang berisi air yang bercampur ais dan rendam selama 20 minit. Tujuanya adalah supaya ayam tadi tidak kering dan akan menjadi lembab ketika dipotong dan dimakan.
4. Keluarkan ayam dan lumurkan dan perap dengan minyak bijan. Ketepikan dahulu.
5. Bila sampai masa menghidang boleh di potong-potong dan di hidangkan dengan nasi ayam dan sos/sambalnya.

Ikan Sumbat

Bahan2
5 ekor ikan kembung (asingkan isi,kulit&tulang)
kelapa parut (sebelah)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
sedikit garam
daun pandan
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
Asingkan isi,kulit dan tulang ikan..pertama tumbukkan bawang merah bersama bawang putih,lada hitam..bila agak lumat campurkan bahan tersebut dgn isi ikan,kelapa parut dan sedikit garam...sebatikan...kemudian masukkan/sumbatkan bahan yg dicampur itu ke dalam ikan yg telah diasingkan isi dan tulangnya...balutkan ikan mgunakan daun pandan hingga kemas...kemudian panaskan myk dan sedia utk digoreng..

Bergedil Daging


Sesuai dihidangkan bersama Soto Ayam, Mee Soto ataupun dimakan begitu sahaja dengan juadah yang ada

Bahan-bahan ( untuk 30 biji )
•1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
•300 gram daging@ayam cincang@
•2 biji telur,
•daun sup/daun bwg, dicincang
•2 sudu teh serbuk lada putih
•garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2.Rebuskan daging hingga msk,kemudian siat2kn @dicincang.
3.Campurkan daging bersama kentang yang telah ditumbuk lumat bersama daun sup,lada sulah.Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4.Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah,

LAKSA JOHOR


Bahan2
500 gm spageti (celur)
1 kg ikan tenggiri (rebus&ambil isinya)
300 gm rempah kari ikan
100 gm cili kisar
150 gm serbuk ketumbar
150 gm serbuk jintan manis
50 gm bwg putih (kisar)
50 gm bwg merah (kisar)
50 gm halia (kisar)
200 gm udang kering (kisar)
4 btg serai (titik)
2 liter santan
4 keping asam keeping
300 gm kerisik
Garam dan bahan perasa secukupnya
Sedikit gula
Minyak utk menumis

Bhan2 tambahan:
Bwg besar,kacang pnjang,tauge,timun,Daun kesum,Bunga kantan,cili,sambal belacan.

Cara menyediakannnya :
1.Tumis bhn2 yg dikisar sehingga naik bau.Masukkan udang kering,isi ikan,&air rebusan bersama santan.
2.setelah mendidih,masukkan kerisik,garam&bhn perasa lain.
3.Setelah kuah pekat,angkat dan hidangkn

DADIH SEGERA


3000 ml air
1 paket dadih berperisa
1 tin susu cair
2 cawan coffee mate
8 sudu besar gula

Cara membuatnya :
Didihkan air,apabila mndidih,masukkan gula dan susu cair,kacau sehingga ia mndidih.setelah benar2 mndidih,masukkan perisa dadih dan coffee mate,tutup api sambil terus kacau,kemudian baru dimasukkan gula buah yg tlh tersedia did lm paket dadih tersebut..kacau seketika dan kemudian blh memasukkan dadih tersebut kedlm bekas yg disediakn.

DONAT

Bahan2 :
1 kg tepung gandum
1paket mauripan
2 sudu planta
1 sudu besar gula halus
1 sudu susu tepung/susu pekat
Gula halus (untuk digaul selepas donat di goreng)
Air

Cara membuatnya :
Campurkan tepung gandum,mauripan,planta,gula halus,susu..masukkan air dan uli hingga mnjadi doh,bentukkan,selepas bentukkan,biarkan seketika hingga kembang,(jgn terlalu kembang)..panaskan minyak dan sedia digoreng.Apabila siap mgoreng..biarkan agak suam baru digaulkan bersama gula.

BURGER MINI

Bahan2 untuk doh burger mini :
1 kg tepung gandum
1paket mauripan
2 sudu planta
1 sudu besar gula halus
1 sudu susu tepung/susu pekat
Air

Cara membuatnya :
Campurkan tepung gandum,mauripan,planta,gula halus,susu..masukkan air dan uli hingga mnjadi doh,bentukkan,selepas bentukkan,biarkan seketika hingga kembang,(jgn terlalu kembang)..panaskan minyak dan sedia digoreng.Apabila agak suam blh dibelah sedikit utk dimasukkan sambal bilis.

Bahan2 sambal bilis :
Cili kisar,
Bawang merah,bawang putih,halia (dikisar)
Asam keping
Gula
Garam
Minyak
Ikan bilis

Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak,masukkan bahan yg telah dikisar hingga naik bau…masukkan cili kisar dan air…seterusnya masukkan garam,gula,dan asam keping.biarkan seketika hingga cili masak. gorengkan ikan bilis berasingan agar ikan bilis rangup..apabila sambal siap,masukkan bilis dan sambal ke dlm doh yg telah dibelah sedikit..blh juga masukkan timun yg tlh dibelah nipis utk menyedapkan lg burger mini.

Popia Nestum

Bahan-bahan ( 200 biji )
•1 bungkus kulit popia(50 helai)
•1 1/2 cawan Nestum(perisa madu pun sedap)*
•1/2 cawan susu tepung( serbuk horlicks pun boleh)*
•1/2 cawan gula( boleh tambah ikut suka)*
•Putih telur untuk melekatkan kulit
•Sedikit garam
•minyak untuk menggoreng
•* kisar halus dan gaul sebati

Cara-cara
1. Potong kulit popia menjadi empat. Kemudian, lipat kulit popia menjadi 4 popia berbentuk segi empat tepat kecil pula. Lekatkan kulit popia menggunakan air
2. Buat banyak-banyak. Kemudian goreng guna api sederhana sehingga garing.
3. Biarkan sejuk dahulu, baru kulit popia itu disalut dengan campuran Nestum, susu tepung dan gula yang dikisar tadi.Siap

Resepi Bihun Goreng Singapore

Bahan
1 bungkus bihun ( di rendam )
100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

NASI GORENG BUNGA KANTAN

Bahan-bahan ( 3-4 org )
3 mangkuk nasi
3 s.b udang kering
4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
2 ulas bwg putih
1 s.b cili kering mesin
lobak merah ..potong dadu
4 biji kacang buncis
1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
3 s.b sos tomato
3 s.b kicap manis
isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
garam secukup rasa
minyak utk menumis
2 biji telur

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
2. tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
3. setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
4. kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
5. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
6. siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..

Pau Kacang Hitam

Bahan-bahan ( 15 biji )
--Doh--
500 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air suam
--Inti--
2 genggam kacang hitam / merah
6 sudu gula pasir
sedikit minyak

Cara-cara 
1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
2. Larutkan gula dengan air suam.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

Kebab Ayam

Bahan2 :
400 gm Isi ayam-dihiris nipis memanjang
1 labu bawang besar-dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun ketumbar-dikerat 2 cm
1 batang timun-dihiris nipis
2 biji tomato-dihiris nipis
1 batang lobak merah-diparut memanjang
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk oregano
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti pita @ roti ban

Cara penyediaan:
1. Untuk membuat inti,panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.kacau biar layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan garing.
2. Masukkan ayam,garam,1/2 sudu kecil serbuk lada hitam,oregano dan sedikit air.kacau hingga rata dan biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan daun ketumbar dan kacau hingga rata kemudian padamkan api.
4. Satukan sos cili,mayonis (tinggalkan sedikit utk di sapu ke atas roti), dan baki serbuk lada hitam kemudian gaulkan hingga sebati.
5. Roti pita @ roti ban disapukan dgn sedikit mayonis di dlmnya,Masukkan satu sudu besar inti ayam kemudian taburkan lobak merah parut,hirisan tomato dan timun.akhir sekali sapukan sos yang telah digaul tadi..

RESIPI DAGING GORENG HITAM MANIS BERPRUN

1 kg daging - potong nipis, bersihkan & toskan
100g buah prun (buang biji) - kisar halus
8 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
4 cm halia-dikisar
3 tangkai daun kari
5 cm kulit kayu manis
1 sb serbuk jintan manis
5 sb cili kisar
1/4 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
5 sb gula
1 mangkuk air
5 labu bawang besar - dipotong bulat
1/2 cawan minyak masak
1 ½ cawan minyak sapi
garam secukup rasa

panaskan minyak masak dan minyak sapi.
tumiskan bahan2 kisar,daun kari dan kulit kayu manis hingga wangi. setelah itu masukkan cili kisar,serbuk jinta manis dan sedikit air.kacau hingga pecah minyak.
masukkan pula daging, kicap pekat dan air asam jawa,buah prun dan air.
masaklah sehingga daging empuk.
bila agak pekat masukkan bawang besar yang di potong bulat, garam dan gula secukup rasa.kacau hingga rata dan diangkat..sedia dihidang.

Thursday, May 8, 2014

Daging Masak Mamak Stall

DAGING MASAK ALA-ALA MAMAK

Bahan

1 kg. daging lembu segar-dipotong hiris mengikut urat daging, anggaran 16 keping
2 biji bawang besar-dipotong hiris memanjang
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
5 sudu besar cili kering 
5 sudu besar kicap pekat mee atau 1/2 botol kicap manis
Gula secukup rasa
1 sudu kecil perasa ayam Tumix 
Garam-jika perlu
2 senduk besar Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk kisar / tumis

2 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih + 10 cm halia dikisar
2 batang serai diketuk
4 helai daun pandan 
2 tangkai daun kari
2 batang kayu manis (setiap batang lebih kurang 2 inci)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengih

CARA

Panasakan periuk/kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak panak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, daun pandan, daun kari, dan serai. Masa ini ramuan tumisan telah mula keluarkan bau harum 
Kemudian masukkan hirisan bawang, kacau sehingga warna hirisan bawang kekuningan. 
Masukkan bawang kisar, halia dan bawang putih kisar, kacau sebati bahan-bahan ini sehingga keluarkan bau harum. 
Masukkan cili kisar dan kacau rata. Selepas 3-4 minit, masukkan daging beserta 3 cawan air. Kacau rata. 
Masukkan serbuk kari daging, jintan putih, jintan manis dan kicap, gula pasir satu sudu kecil perisa makanan Tumix. Kacau rata dan masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging masih tidak empuk, boleh ditambah air lagi dan masak lagi daging sehingga empuk. Rasa kemasinan kicap tersedia ada. Sekiranya kurang masin, tambahkan garam. 
Masak sehingga kuah menjadi pekat. Setelah kuah pekat, padamkan api. Cadangan hidangan, boleh taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas sajian ini dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 

SELAMAT MENCUBA

Kuih Tradisional Tepung Pelita

KUIH TEPUNG PELITA

Bahan

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

SELAMAT MENCUBA

Biskut Lidah Kucing

BISKUT LIDAH KUCING

Bahan

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

SELAMAT MENCUBA

Ayam Goreng Mentega

AYAM GORENG MENTEGA

Bahan

1 ekor ayam potong kecil-kecil
2 sendok makan kecap asin
2 sendok makan saus Inggris
2 sendok makan ang ciu
4 siung bawang putih cincang
½ buah bawang bombay cincang
10 buah lokio belah 2
7 sendok makan kecap manis
3 buah jeruk limau belah 2
3 sendok makan margarin
½ sendok teh lada bubuk
1 sendok teh garam
minyak goreng

Cara

Lumuri ayam dengan campuran kecap asin, garam dan kecap inggris. Biarkan selama 15 menit.
Goreng ayam hingga kecoklatan dan angkat.
Tumis bawang putih dan bawang bombay dengan mentega hingga wangi.
Campur saus inggris, kecap manis, kecap asin dan ang ciu ke dalam sebuah wadah.
Tuangkan ke dalam tumisan bawang dan masukkan lokio, ayam, air jeruk beserta lada.
Tumis hingga mengental, sajikan.

Makaroni Bakar

BAKED MACARONI

Bahan

1/3 bungkus macaroni (rebus sampai lembut- agak2lah nak byk mana)
2 sudu makan mentega
1/2 bungkus ayam/daging cincang
1 biji bawang besar cincang
1 tin susu cair (boleh lebihkan kalau macaroni byk)
1 mangkuk kecil sayur campur (boleh pilih nak letak sayur apa)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
2-3 sudu makan tepung gandum
2 btg crabstick hiris (boleh pilih seafood kegemaran)
1 btg hotdog hiris
1 mangkuk kecil cendawan butang
garam
keju cheddar/mozarella secukupnya

Cara

Cairkan mentaga dan tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam/daging cincang.
Bila ayam hampir masak, masukkan sayur campur, hotdog, crabstick. Kemudian masukkan susu.
Masukkan lada hitam dan perasakan dgn garam. Jika ada cendawan butang, masukkan sekali.
Bancuh tepung gandum dgn sedikit air dan tuang ke dalam kuali. Lagi byk tepung lagi keras ye. Aku buat sdg2 elok je. Kalau nak rasa lagi lemak boleh masukkan sesudu besar cheese.
Last sekali masukkan macaroni. Kacau rata dan tutup api.
Sediakan bekas yang sesuai utk bakar macaroni.guna loyang punboleh klu takde bekas corningware Masukkan macaroni dalam bekas dan tabur cheese di atasnya. Bakar pada suhu 200c
dalam masa 20-30 minit atau hingga cheese bertukar warna kecoklatan. Senang citer sampai cheese nampak cam garinglah.

SELAMAT MENCUBA

Sambal Hitam dari Pahang

SAMBAL HITAM PAHANG

bahan

1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
6-7 asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang)

Cara

Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek-lenyekkan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus sahaja masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
Goreng menggunakan api sederhana.
Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
Kacau lagi sehingga agak-agak garing. Atau pun mengikut citarasa masing-masing. Sebab ada yang suka sambal ini rasa lembut-lembut, tak suke garing. Ada juga yang suka sedikit. Jaga-jaga jangan sampai hangit pulak. sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering.
Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.

SELAMAT MENCUBA

AYAM GORENG MASAK SERAI

AYAM GORENG MASAK SERAI

Bahan

1/2 ekor ayam

Bahan A

3 biji bawang putih
8 biji bawang merah
1 cm halia
3 batang serai
*Bland kesemua bahan2 A di atas

Bahan B

1 sb cili kering kisar/ cili boh
1 sb serbuk kari daging
1/4 sk serbuk jintan putih
1/4 sk serbuk jintan manis
1/4 sk serbuk ketumbar
1/4 sk rempah 5 spices
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara

Bersihkan ayam dan potong sederhana besar.
Masukan semua bahan di atas ke dalam bekas ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaulkan sebati dan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak yang agak banyak dalam periuk.Guna periuk supaya senang untuk goreng macam deep frying. Guna kaedah deep frying supaya ayam masak elok sekata dan lebik enak

Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.

SELAMAT MENCUBA

AYAM MASAK SEMUR

AYAM MASAK SEMUR dari bali

Bahan

1 ekor ayam potong 14.. goreng jangan garing sangat
2 sudu kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
aji & gula

Cara

tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
masukkan pula bawang goreng tumbuk.. santan.. kerisik.. kicap.. aji dan sedikit gula..
masukkan ayam dan gaulkan hingga rata..
sedia untuk dihidang..

SELAMAT MENCUBA

SIAKAP MASAK 3 RASA

SIAKAP MASAK 3 RASA

Bahan

1 ekor ikan siakap - boleh kukus atau goreng garam kunyit
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi

Bahan Sos

2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
1 sk kicap manis
1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir

Cara

Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.
Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

SELAMAT MENCUBA

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API PedasTerangkat

bahan

6 ekor udang galah
4-5 biji bawang merah rose
3 biji bawang putih
1 bawang besar
3 biji cili api
1/2 sudu kecil ketumbar biji
2 batang serai
sayur kacang buncis atau kacang panjang
tomato
minyak masak untuk menumis dan air
3 sudu besar santan
sedikit isi kunyit hidup

Cara

kesemua 3 bahan pertama dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.
ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.
kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.
masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.
tambah cili api beberapa biji kalau terasa kuah kurang cukup pedas

SELAMAT MENCUBA

SALAD BEBOLA DAGING

bahan

500g daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu teh lada putih
1 biji telur
50g bawang besar- dikisar
50g lobak merah- dihiris halus
2 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng daging
Bahan untuk kuahnya
10g lada kering }
5 biji bawang kecil } dikisar
3 biji bawang putih }
1cm halia }
2 sudu makan rempah kari
3 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kacang peas
1 cawan air
20 ulas bawang kecil-buat bawang goreng untuk tabur
1 sudu makan gula
serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara

Campurkan daging bersama bahan bahan seperti tepung jagung, lada putih ,telur, bawang, lobak dan garam.
Kemudian dibulatkan dan digoreng dengan minyak yang banyak.
Setelah habis diketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar bersama rempah kari hingga garing, kemudian masukkan tomato sos, air, garam, gula dan serbuk perasa, biarkan kuahnya mendidih,masukkan kacang peas dan daging yg telah digoreng tadi.
Biarkan kuahnya pekat sedikit, baru diangkat dan dihidangkan.
Taburkan diatasnya dengan bawang goreng, dan kentang goreng

MEE REBUS JOHOR yang wow

Bahan

3 paket mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
2 ketul kiub pati lembu
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan

tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara untuk Tepung Udang Kering

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara untuk Kuah

Rebus ubi keledek, kemudian buang kulitnya. Rebuskan juga daging bersama kiub pati lembu dalam periuk berasingan dengan dua cawan air.
Kisar keledek, rebusan daging bersama air rebusan dan taucu yang telah dicuci. Asingkan dalam mangkuk pertama.
Kisar pula bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, halia dan udang kering.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian tumis lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari kacau rata
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Masak sampai mendidih. Tambahkan hanya 2 cawan air. Kita tambahkan air rebusan ketam. Kalau nak bajet, air rebusan daging tu pun boleh
Goreng tauhu, kemudian kerat empat atau 6 atau 8.
mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Mee rebus yang sedap dan lazat

SELAMAT MENCUBA

Sunday, April 27, 2014

Resepi Chocolate Lasagna



Bahan-Bahan A:

36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali)
6 sudu besar butter dicairkan
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Ketepikan.

Bahan-Bahan B:

200 gm cream cheese
1 cawan Non-dairy whipping cream
100 gm gula kastor (boleh juga guna gula aising jika suka)
2 sudu besar susu segar

Cara-Cara:

1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi 3. sehingga ianya lembut dan gebu.
4. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
5. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
6. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Bahan-Bahan C (CHOCOLATE COCONUT PUDDING):

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 tsp garam
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
185 gm dark chocolate, dicincang
1 tsp esen vanilla
1 tbsp serbuk koko

Cara-Cara:

1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. 2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit). Boleh guna hand whisk .
3. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
4. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
5. Sejukkan dan ketepikan.

** Note : Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara Melapis:

1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan.
2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.
3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Selamat Mencuba

Monday, January 13, 2014

Resepi Kangkung Sotong

Bahan-bahannya :

Bahan A
1 mangkuk kecil sotong kurita (dipotong kecil)
1/2 ikat kangkung (dibersihkan dan dipotong)
1 bungkus fishcake (dipotong)
1 bungkus fishball (dipotong)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Sedikit garam

Bahan B :
*10 tangkai cili kering (digoreng tanpa minyak)
*Sedikit lada hitam
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
1/2 ketul gula melaka
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa (secukup rasa)
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis
Bahan tumis (1 ulas bawang putih dan bawang merah-hiris)
Kacang tanah secukupnya

Cara menyediakan :

Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.... ketepikan...

Blend bahan bertanda * sehingga halus.... Sambil tu, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.... Masukkan gula melaka, gula pasir (kalau tak cukup manis), air asam jawa dan garam secukup rasa.... Kacau rata... Biarkan hingga mendidih... Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi untuk memekatkan kuahnya... Sebelum tutup api, test rasanya dulu...

Sambil tu boleh celurkan Bahan A :
Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih... Masukkan sedikit garam dan minyak.... Celurkan kangkung sebentar dan toskan.... Celurkan fishcake dan fishball sebentar dan toskan... Celur/rebus pula sotong kurita hingga masak dan toskan....

Untuk menghidang... letakkan bahan-bahan yang dicelur di dalam pinggan.... Tuangkan kuahnya... Taburkan kacang tanah yang telah ditumbuk....

Thursday, January 9, 2014

RESEPI KUNG PAO CHICKEN


BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN:
- 6 tangkai cili kering.
- 4 sudu besar kacang goreng yg telah siap - beli je.
- 3 sudu besar minyak masak.
- 4 kpg. hirisan halia yg telah dikupas.
- 3 ulas bawang putih dihiris membujur.
- 1 btg leek/ atau scalion/ daun bawang dihiris.

A. Bahan untuk Pemerapan daging ayam:
- 3 ketul daging dada Ayam ( Chicken Breast). Dibersihkan dan dipotong dadu bersaiz 1 inci.
- 2 sudu besar (tbsp) kicap cair.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam/ cukup rasa.
- 1 sudu besar minyak masak (tip: kalau nak goreng isi daging ayam supaya tak melekat kat kuali biasa lumurkan minyak pada daging dan goreng).
1. Perapkan 20 -30 minit. Goreng ketulan ayam dengan tidak terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak dalam 3/4 atau 70 peratus.
2. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.

B. Penyediaan Kuah/ Sauce.

- 1 ketul kiub ayam / Chicken stock kiub.
- 2 sudu besar kicap cair.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1/2 sudu besar air limau. (cuka pun boleh)
- 1 sudu kecil gula.
- 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn dua sudu besar air.
- 1 cawan air/ stock ayam sekiranya anda inginkan kuah lebih.
Bancuh semua bahan-bahan ini.

C. Cara Penyediaan masakan Ayam Kung Pao:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang putih dan halia. Bila haruman naik, ketepikan dan goreng cili kering (cili ini boleh ditambah mengikut kepedasan yang diperlukan). Garingkan cili didalam minyak panas tetapi jangan sampai terbakar hitam. Kecilkan api dapur. Keluarkan cili garing dar kuali dan asingkan untuk hiasan kemudian. Masukan kembali bawang putih dan halia.
2. Sederhanakan api dapur
3. Masukkan sos (B) yang telah disediakan dalam kuali. Masukkan ayam yang tlah digoreng dan telah sediakan di atas. Tentukan daging ayam ini dimasak cuma beberapa minit sahaja.
4. Masukkan kacang goreng (yang tersedia goreng).
5. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung kedalam kuali. Biasanya dalam sukatan 1 sudu besar tepung jagung dengan 3 bahagian air. Kepekatan kuah adalah bergantung kepada anda...kalau ingin pekat tambahkan lagi campuran tepung jagung dan air.
6. Semasa memasukkan campuran tepung jagung perlu kacau serata supaya ia tidak berkental. Dalam beberapa minit Kung Pao Chicken anda sudah sedia. Jangan masak lama kuahnya sekadar satu didihan (boiled) kuah sudah cukup. Selamat Mencuba. Wassalam

RESEPI NASI GORENG THAI /THAI FRIED RICE:



Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaksud Goreng dan "Ghai" bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru ditanak pun tak salah gunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi untuk nasi goreng, sekiranya bergentel atau berketul perlu diuraikan bukan dihancurkan. Cara terbaik ialah, ambil sedikit minyak masak dan letakan di kedua tapak tangan anda dan ramas ketulan nasi supaya ia peroi kembali. Jangan masukkan nasi yang berketul-ketul ke dalam kuali dan lenyekan, kerana ia akan hancurkan butir-butir nasi kerja ini kerja tukang masak malas. Nasi kena persiapkan dahulu sebelum goreng. Nasi goreng perlu dibuat dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan) atau kuali yang perbuat dari besi padu atau "cast-iron".
Jumlah hidangan: 5 hingga 7.

BAHAN-BAHAN:
4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
1 keping dada ayam. Dihiris 1/4" X 1/2" (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
1/2 udang putih yg bersaiz kecil.
3 sudu besar kicap cair.
4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahgian lembut serai yg boleh dimakan.
2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
1/2" bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
2 biji telur ayam dipukul kembang dengan ditambah 1 sudu kecil air.
.1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.

PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:
3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
3 sudu besar kicap ikan.
2 sudu besar kicap cair (kurang masin).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar jus limau nipis.
1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
1/4 sudu keci (tsp) gula. (secubit).

CARA-CARA MENGORENG:
1. Sediakan nasi seperti saranan diatas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia tidak akan melekat pada kuali.Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat. Peramkan dlm 15 minit.

2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.

3. Hidupkan dapur dengan api sederhana kembali. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan.

4. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air stok ayam 1-2 sudu besar.

4. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan terlalu kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Masukan kacang campur dan goreng nasi bersamanya dlm 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap sos ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam, pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai, hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat

RESEPI MEE GORENG MAMAK:


Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:

Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak.

RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi.

BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES:
3 ulas bawang putih ,
5 biji bawang merah (kecil).
Goreng bawang putih dan bawang hingga layu.
Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.
Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.).
Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.

Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).

CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..