Yang Lain Sedang Membaca
Sandwich sardin bergoreng ..Posted On Wed May 28 2014 ![]() ::Bahan:: 10 keping roti 1 tin kecil ikan sardin 1 biji limau nipis-ambil perahan airnya ½ biji bawang ... SOTONG SUMBAT MASAM MANISPosted On Wed Feb 18 2015 ![]() Bahan luaran: 5 ekor sotong dibuang kulitnya dan dibersihkan 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 5 ... |
RESEPI DAGING BLACK PEPPER ..Posted On Thu Jun 18 2015 ![]() Untuk 4 - 5 org makan Bahan-bahannya: ● 500gm daging batang pinang ● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbu ... RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.Posted On Thu Jan 09 2014 ![]() Bahan-Bahan - 1 cawan beras. - 1 cawan nasi sejuk. - 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih) ... |
Thursday, January 9, 2014
RESEPI NASI GORENG THAI /THAI FRIED RICE:
Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaksud Goreng dan "Ghai" bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru ditanak pun tak salah gunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi untuk nasi goreng, sekiranya bergentel atau berketul perlu diuraikan bukan dihancurkan. Cara terbaik ialah, ambil sedikit minyak masak dan letakan di kedua tapak tangan anda dan ramas ketulan nasi supaya ia peroi kembali. Jangan masukkan nasi yang berketul-ketul ke dalam kuali dan lenyekan, kerana ia akan hancurkan butir-butir nasi kerja ini kerja tukang masak malas. Nasi kena persiapkan dahulu sebelum goreng. Nasi goreng perlu dibuat dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan) atau kuali yang perbuat dari besi padu atau "cast-iron".
Jumlah hidangan: 5 hingga 7.
BAHAN-BAHAN:
4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
1 keping dada ayam. Dihiris 1/4" X 1/2" (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
1/2 udang putih yg bersaiz kecil.
3 sudu besar kicap cair.
4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahgian lembut serai yg boleh dimakan.
2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
1/2" bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
2 biji telur ayam dipukul kembang dengan ditambah 1 sudu kecil air.
.1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.
PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:
3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
3 sudu besar kicap ikan.
2 sudu besar kicap cair (kurang masin).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar jus limau nipis.
1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
1/4 sudu keci (tsp) gula. (secubit).
CARA-CARA MENGORENG:
1. Sediakan nasi seperti saranan diatas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia tidak akan melekat pada kuali.Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat. Peramkan dlm 15 minit.
2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.
3. Hidupkan dapur dengan api sederhana kembali. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan.
4. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air stok ayam 1-2 sudu besar.
4. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan terlalu kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Masukan kacang campur dan goreng nasi bersamanya dlm 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap sos ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam, pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai, hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
Makanan Tradisi Terengganu ..Posted On Tue Nov 25 2014 ![]() Bahan-bahan untuk Sambal 1 biji kelapa parut digoreng sampai garing Bahan B 5 ekor ikan selayang direb ... Resepi: Mee Goreng BasahPosted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan ( 5 org makan ) 600g mee kuning 2 ekor sotong 6 ekor udang basah 3 pokok sawi 1 sudu besar ... Resepi: Bihun Goreng Lada HitamPosted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan (untuk 1 Keluarga makan) 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu ) * ... Mengelak Ikan Masin HancurPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng. ... Resepi: Nasi PaprikPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-bahan: ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 ... Resepi Ayam Masak SeraiPosted On Sun Jun 07 2015 ![]() Bahan-bahan: 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan 6 batang serai diti ... Petua: Mengelak Minyak MemercikPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggor ... |
.. |
Ni lah yang saya cari selama ni. Tq Sayang
ReplyDelete