Yang Lain Sedang Membaca
Resepi Roti John ..Posted On Thu Jun 11 2015 ![]() Bahan-Bahan: ● 2 buku roti hotdog ● 1 sudu besar daging cincang ● 1 labu bawang besar ● 1 sudu teh seas ... Resepi: Serunding IkanPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() BAHAN-BAHAN • 1 kilo ikan dan asam keping • 2 cawan santan • ½ cawan minyak • Garam dan gula secukup ... |
Daging Masak Mamak Stall ..Posted On Thu May 08 2014 ![]() DAGING MASAK ALA-ALA MAMAK Bahan 1 kg. daging lembu segar-dipotong hiris mengikut urat daging, a ... Petua Simpan Telur Tahan LamaPosted On Wed Nov 26 2014 ![]() Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut ... |
Tuesday, July 23, 2013
Resepi: Sup Ayam Menawan
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
Pegedil / Begerdil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
DADIH SEGERA ..Posted On Wed May 28 2014 ![]() 3000 ml air 1 paket dadih berperisa 1 tin susu cair 2 cawan coffee mate 8 sudu besar gula Cara membua ... Resepi: Mee SupPosted On Fri Aug 02 2013 Bahan-bahan Mee Kuning (1 bungkus) 200gm daging lembut 10-15 ekor udang sederhana besar 1 kiub ayam ma ... ROTI LAPIS DAGING BERKEJUPosted On Tue Nov 25 2014 ![]() Bahan-bahannya : - 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan) - 2 ulas bawang putih - ... Resepi: Nasi Goreng TomyamPosted On Fri Aug 02 2013 ![]() Bahan-bahan nasi rempah tomyam adabi bawang putih serai daun limau purut carot cili boh sos tiram kic ... DONATPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan2 : 1 kg tepung gandum 1paket mauripan 2 sudu planta 1 sudu besar gula halus 1 sudu susu tepung/su ... RESEPI KUNG PAO CHICKENPosted On Thu Jan 09 2014 ![]() BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN: - 6 tangkai cili kering. - 4 sudu besar kacang goreng yg telah siap - beli ... Buat Sendiri Sos Cheeesy WedgesPosted On Tue Nov 25 2014 ![]() RESEPI SOS CHESSY WEDGES Selalunya kita beli cheesy wedges ni kat KFC. Anak anak pula sangat suka, tapi ... |
.. |
No comments:
Post a Comment