Yang Lain Sedang Membaca

Resepi: Nasi Goreng Mentega
Posted On Fri Aug 02 2013

Bahan-bahan Nasi Mentega Telur Garam @~RasaRempah Cara-cara Masukkn mentega. biar cair. masuk kn ...

RESEPI MEE BANDUNG MUAR
Posted On Mon Aug 03 2015

Bahan-bahannya: ● 1 kg mee kuning ● 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) ● 1 labu bawa ...

..
RESEPI NASI LEMAK BUJANG
Posted On Wed Jul 01 2015

DENGAN ALAS DAUN PISANG Bahan-bahan untuk nasi: ● 2 cawan beras ● 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna ...

Resepi: Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih
Posted On Fri Jul 26 2013

Homemade mushroom soup dan garlic bread Bahan2 : Censawan shitakee direndam dan di dadu halus Cendaw ...

..

Tuesday, November 25, 2014

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, pastikan ketam yang segar dan hidangan anda menjadi lazat

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan
Bahan-Bahan:

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara Penyediaan:

1-Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2-Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3-Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

4-Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

SPECIAL: KUEY TEOW LADNA
Posted On Tue Nov 25 2014

KUEY TEOW LADNA SPECIAL Bahan: 1 Paket Kuey Teow Sotong Udang 4 helai daun limau purut 2 sudu besar t ...

SIAKAP MASAK 3 RASA
Posted On Thu May 08 2014

SIAKAP MASAK 3 RASA Bahan 1 ekor ikan siakap - boleh kukus atau goreng garam kunyit 100 ml air - bole ...

Resepi Nasi Ayam Hainan
Posted On Wed May 28 2014

Untuk Nasi 3 pot beras (bersih&toskan) ½ bwg besar (dihiris) 1 btg kulit kayu manis Buah pelaga,bu ...

Ikan Sumbat
Posted On Wed May 28 2014

Bahan2 5 ekor ikan kembung (asingkan isi,kulit&tulang) kelapa parut (sebelah) 2 ulas bawang putih 2 ...

Resepi: Ayam Panggang Berempah
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan bahan: * 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka) * 1 helai daun pandan (disimpul) * 1/ ...

Kebab Ayam
Posted On Wed May 28 2014

Bahan2 : 400 gm Isi ayam-dihiris nipis memanjang 1 labu bawang besar-dimayang 2 sudu besar cili kisar 1 ...

Petua : Harumkan Bawang Tumis
Posted On Wed Nov 26 2014

Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Unt ...

..
Jualan 12/12/2014 Lazada
Posted On Sat Nov 29 2014

11.11 secara rasmi hari terbesar dalam sejarah Lazada, 12 Disember 2014 Tetapi 12/12/14 akan menjadi ...

..