Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Tuesday, June 30, 2015

RESEPI NASI LEMAK BUJANG

DENGAN ALAS DAUN PISANG

Bahan-bahan untuk nasi:
● 2 cawan beras
● 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
● 1 helai daun pandan - disimpul
● 3 hirisan halia
● garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sambal tumis:
● 6 sudu besar cili kering mesin
● 4 ulas bawang merah -ditumbuk
● 2 ulas bawang putih -ditumbuk
● 1 biji bawang besar -dihiris
● segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
● sedikit air asam jawa
● sedikit belacan (jika suka)
● garam dan gula
● Bahan sampingan lain:
● Ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng dan timun.
● Daun pisang (sebagai alas)

Cara memasaknya:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

5. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan dengan beralaskan daun pisang.

Selamat mencuba

RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS / UDANG MUDAH

Bahan-bahanya :
● Tepung Gandum
● Ikan Bilis / udang
● Daun Kucai (dipotong)
● 1 biji Bawang Besar (kalau suka boleh lebih)
● Garam secukup rasa
● 1 sudu besar Gula
● 1 sudu besar cili boh
● Air suam (menjadikan jemput kiter rangup)

Cara:
1. Gaulkan semua bahan sehingga rata

2. Masukkan air suam sehingga tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras

3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

4. Goreng ikut saiz yg anda suka.

Sangat sedap dicicah dengan sos cili lada putih. Atau boleh tambah lada putih yg ditumbuh dalam sos cili biasa.
Selamat mencuba

RESEPI PIZZA MAGGI

Bahan-bahannya:
● 1 Bungkus maggi
● 2 biji telur gred A
● Sosej (ikut suka)
● Carrot (dimayang halus)
● Cendawan butang (hiris nipis)
● Daun sup (dimayang halus)
● Bawang besar (dihiris nipis)

Cara-caranya :
1. Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.

2. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

3. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehingga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Selamat mencuba

Sunday, June 28, 2015

CHICKEN CHOP RECIPE


Serves: 2

Ingredients
● 2 chicken thighs, deboned and pounded to medium thickness
● Flour, for dusting
● 2 eggs,beaten
● 70 g breadcrumbs
● Oil for cooking
Marinade
● Soy sauce
● Worchestershire sauce
● Black pepper

Mushroom sauce (optional)
● 1 onion, sliced into rings
● 50 g button mushrooms
● 1/2 cup chicken stock
● 2 tablespoon butter
● Salt and pepper to taste
● 1 teaspoon cornstarch

Directions
1. Marinate the chicken thighs in soy sauce, worchestershire sauce and black pepper for 3 hours or overnight. Remove from marinade and pat dry .

2. Dust the thighs in some flour, shaking off the excess flour.Dip in a bowl of beaten egg and then roll in breadcrumbs.

3. Heat some oil in pan and fry the chicken thighs on both sides until brown.

4. For the mushroom sauce:

5. Saute the onions in butter until it is soft. Add mushrooms and saute for a few minutes. Add the chicken stock then stir in the cornstarch. Cook until the sauce thickens, season with salt and pepper and pour over the chicken.

RESEPI AYAM MADU BIJAN


Bahan-bahannya :
● 3 keping dada@peha ayam tanpatulang/1/2 ekor ayam potong kecil
● *1 sudu makan kicap cair - hana gune syouyu
● *1 sudu makan cuka
● *1/2 sudu makan minyak bijan
● *1 sudu kecil gula
● *garam dan lada sulah
● 2 sudu makan tepung gandum
● 1 sudu makan tepung beras@tepung jagung

Untuk Sos nya :
● 3 sudu makan sos cili
● 2 sudu makan sos tomato
● 2-3 sudu makan madu - terpulang manis masing2
● 1 sudu makan sos tiram
● 2 sudu makan kicap cair
● 1/4 cawan air
● bijan sangai - utk ditabur

Cara-cara membuatnya :
1. Gaul ayam dengan bahan bertanda *. Perap paling kurang sejam.
2. Panaskan minyak. Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung@beras ke dalam perapan ayam. Gaul.
3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
4. Utk membuat sos - Satukan semua bahan. Masak di atas kuali sehingga agak pekat.
5. Masukkan ayam dan gaul rata. Taburkan bijan dan sedia dihidang dengan nasik putih panas.

Selamat mencuba

RESEPI MEE KARI KERANG

Bahan
-bahannya :
● 1 kg/paket mee kuning (celur dan toskan)
● Taugeh
● Bawang goreng
● 1 kg kerang atau lebih ( kalau suka boleh letak lebih )
● 1 paket fish cake (potong nipis)
● 2 sudu besar cili giling
● 1 paket serbuk kari dibancuh dgn sedikit air
● 5 cawan santan
● 1 sudu makan pes asam jawa
● minyak secukupnya
● garam dan gula secukup rasa
● Bahan hiris atau dipotong:
● Tauhu pok yg dah siap goreng
● Daun bawang & daun sup
● Cili merah
● Telur Rebus
● Limau kasturi

Bahan kisar :
● 2 batang serai
● 1 inci halia
● 1/2 inci lengkuas
● 5 ulas bawang kecil
● 3 ulas bawang putih
● 1 labu bawang besar
● 1/2 cawan udang kering (di rendam )

Cara-caranya :
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serbuk kari, cili giling, pes asam jawa dan sedikit air dan biarkan sehingga naik minyak.

2. Masukkan kerang, fish cake, tauhu pok dan santan..renehkan sehingga mendidih.

3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasanya.

4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Selamat mencuba

RESEPI KUPANG BERLADA

Bahan-Bahannya:
● 1/2 kg kupang dibersihkan dan ditoskan..
● 5 batang cili merah dicincang halus
● 8 biji bawang merah dicincang halus
● 3 inci halia dicincang halus
● 1 batang lobak merah dihiris memanjang
● sedikit daun ketumbar
● sedikit sos tiram
● 1 batang serai dihiris

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili merah,bawang putih,halia dan serai..

2. Kemudian,masukkan sos tiram.

3. Tumiskan sehingga sebati..lalu masukkan kupang.

4. Gaulkan lagi dan masukkan daun ketumbar dan lobak merah..

5. Masukkan bahan perasa secukupnya.

6. Siap untuk dihidang..

Selamat mencuba

Sunday, June 21, 2015

RESEPI AYAM GORENG RANGGUP BERSOS LEMON

Bahan untuk ayam :
● 2 keping dada ayam
● 2 camca tepung jagung
● 2 camca tepung beras
● 2 camca tepung gandum
● 2 camca tepung kastard
● Garam
● Lada sulah
● Telur sebiji

Bahan untuk sosnya :
● 1 camca sos plum
● 2 camca perahan jus lemon
● 2 camca cuka
● 4 camca gula
● 2 sudu teh tepug jagung
● 1 sudu teh lemon emulco

Cara-caranya :
Untuk ayam:
1. Basuh ayam hingga bersih,ketuk sedikit ayam dgn lesung untuk meleperkannya
2. Panaskan minyak.
3. Campur semua tepung,garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
4. Celupkan ayam dlm tepung, kemudian celup dgn telur,last celupkan dengan tepung kastard,
5. Gorengkan ayam dgn minyak yg agak panas.

Untuk sos:
1. Campur semua bahan dlm periuk kecil masak hinggat mendidih dan pekat
2. Potong ayam yg dah goreng tadi
3. Siramkan dgn sos lemon ini,siap utk dimakan.

Thursday, June 18, 2015

RESEPI MEE JAWA

Bahan Kuah:
● Sedikit Udang Kering
● Segenggam kacang tanah (disangai)
● Cili padi (mengikut selera masing2)
● Sedikit jintan manis
● Sedikit jintan putih
● 2 biji kentang (direbus hingga empuk)
● 2 biji keledek (direbus hingga empuk)
● Air rebusan daging

Bahan Untuk Kuih:
● Tepung gandum
● 100g udang sederhana besar
● Daun kucai
● Daun bawang
● 1 sudu mauripan
● Telur (dipukul hingga kembang)

Caranya:
Untuk Bahan Kuah:
1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
7. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
8. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
10. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan:
1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

selamat mencuba

RESEPI SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan siakap
● 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
● 2 ulas bawang merah - mayang
● 1 keping nenas - di dadu kecil
● 1 batang serai - di potong serong
● 2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
● 1 sb sos tomato
● 2 sudu besar sos cili
● 1 sk nampla / sos ikan
● 50ml air
● 2 helai daun limau purut
● 3-5 biji cili padi thai di titik
● 1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
● Lada benggala hijau - optional
● Sedikit cauliflower /carrot - optional
● Garam, kunyit dan perasa

Cara masaknya:
1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.

2. Goreng Ikan ikut suka. Jika nak macam kat kedai boleh goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.

3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.

4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.

5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.

7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.

8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.

9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.

10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI DAGING BLACK PEPPER


Untuk 4 - 5 org makan

Bahan-bahannya:
● 500gm daging batang pinang
● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
● 1 biji lada benggala hijau
● 1 biji lada merah
● 3 sb kicap manis
● 2 sb sos tiram
● 1 cawan air
● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
● minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada

3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba

Resepi Kerapu Masak Sweet Sour

Bahan-Bahannya:
● 1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
● ¼ cawan sos cili
● ½ cawan sos tomato
● 2 sudu besar sos tiram
● Serbuk kunyit
● Minyak untuk menggoreng
● 4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
● Garam secukup rasa
● 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
● ½ batang lobak merah dipotong kiub
● ½ batang timun dibuang biji & potong kiub
● 1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
● 1 potong nenas dipotong kiub
● ½ cawan air

Cara masaknya:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit

2. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.

4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Hidangan:
Antara bahan-bahan lain yang boleh dicampur ialah kobis bunga, baby corn, lada benggala dan sebagainya.

selamat mencuba

Tuesday, June 16, 2015

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masak dan hidangkan
.

Thursday, June 11, 2015

Resepi Ikan Terubuk Masak Sambal Tumis

Bahan-bahannya :
● 1/2 Ikan Terubuk - Dipotong
● 1/2 Labu Bawang besar - Dimayang
● 3 ulas bawang putih - Ditumbuk
● 1/4 Cawan Air Asam Jawa
● 3-4 sb Cili Kering - Dikisar
● Sedikit Garam dan Gula

Cara memasaknya :
1. Goreng Ikan Terubuk masin sehingga garing
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga perang.
3. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan bawang besar. Setelah layu, tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Jika suka bolehlah perah dgn limau kasturi.

Resepi Roti John

Bahan-Bahan:
● 2 buku roti hotdog
● 1 sudu besar daging cincang
● 1 labu bawang besar
● 1 sudu teh seasoning Maggie
● 2 biji telur
● serbuk lada sulah
● garam
● sos tomato
● sos cili
● mayonis
● timun
● minyak

Cara-caranya :
1. Bawang besar dipotong kiub
2. Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan seasoning Maggie, serbuk lada sulah dan garam
5. Masak hingga agak kering kemudian angkat
6. Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
7. Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
8. Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
10.Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama tomato, timun, sos dan mayonis. Jika suka boleh tambah sekeping keju.
Selamat mencuba

Sunday, June 7, 2015

Resepi Ayam Masak Serai


Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..