Yang Lain Sedang Membaca

.. ..

Thursday, January 9, 2014

RESEPI KUNG PAO CHICKEN


BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN:
- 6 tangkai cili kering.
- 4 sudu besar kacang goreng yg telah siap - beli je.
- 3 sudu besar minyak masak.
- 4 kpg. hirisan halia yg telah dikupas.
- 3 ulas bawang putih dihiris membujur.
- 1 btg leek/ atau scalion/ daun bawang dihiris.

A. Bahan untuk Pemerapan daging ayam:
- 3 ketul daging dada Ayam ( Chicken Breast). Dibersihkan dan dipotong dadu bersaiz 1 inci.
- 2 sudu besar (tbsp) kicap cair.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam/ cukup rasa.
- 1 sudu besar minyak masak (tip: kalau nak goreng isi daging ayam supaya tak melekat kat kuali biasa lumurkan minyak pada daging dan goreng).
1. Perapkan 20 -30 minit. Goreng ketulan ayam dengan tidak terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak dalam 3/4 atau 70 peratus.
2. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.

B. Penyediaan Kuah/ Sauce.

- 1 ketul kiub ayam / Chicken stock kiub.
- 2 sudu besar kicap cair.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1/2 sudu besar air limau. (cuka pun boleh)
- 1 sudu kecil gula.
- 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn dua sudu besar air.
- 1 cawan air/ stock ayam sekiranya anda inginkan kuah lebih.
Bancuh semua bahan-bahan ini.

C. Cara Penyediaan masakan Ayam Kung Pao:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang putih dan halia. Bila haruman naik, ketepikan dan goreng cili kering (cili ini boleh ditambah mengikut kepedasan yang diperlukan). Garingkan cili didalam minyak panas tetapi jangan sampai terbakar hitam. Kecilkan api dapur. Keluarkan cili garing dar kuali dan asingkan untuk hiasan kemudian. Masukan kembali bawang putih dan halia.
2. Sederhanakan api dapur
3. Masukkan sos (B) yang telah disediakan dalam kuali. Masukkan ayam yang tlah digoreng dan telah sediakan di atas. Tentukan daging ayam ini dimasak cuma beberapa minit sahaja.
4. Masukkan kacang goreng (yang tersedia goreng).
5. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung kedalam kuali. Biasanya dalam sukatan 1 sudu besar tepung jagung dengan 3 bahagian air. Kepekatan kuah adalah bergantung kepada anda...kalau ingin pekat tambahkan lagi campuran tepung jagung dan air.
6. Semasa memasukkan campuran tepung jagung perlu kacau serata supaya ia tidak berkental. Dalam beberapa minit Kung Pao Chicken anda sudah sedia. Jangan masak lama kuahnya sekadar satu didihan (boiled) kuah sudah cukup. Selamat Mencuba. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

.. ..