Yang Lain Sedang Membaca
MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS ..Posted On Wed Feb 18 2015 ![]() Bahan A 500 gm mee kuning 5 biji telur [ dipukul] Bahan B 100 gm udang basah [buangkan kulit] 150 gm a ... Resepi: Mee SupPosted On Fri Aug 02 2013 Bahan-bahan Mee Kuning (1 bungkus) 200gm daging lembut 10-15 ekor udang sederhana besar 1 kiub ayam ma ... |
Pau Kacang Hitam ..Posted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan-bahan ( 15 biji ) --Doh-- • 500 gm tepung gandum • 1 1/2 sudu teh yis • 1/2 cawan gula pasir • 1/ ... Resepi: Nasi TomatoPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Nasi Tomato I Bahan-bahan: 1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je 2. 2 sudu besar mentega 3. ... |
Thursday, January 9, 2014
RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:
Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak.
RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi.
BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES:
3 ulas bawang putih ,
5 biji bawang merah (kecil).
Goreng bawang putih dan bawang hingga layu.
Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.
Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.).
Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
Kuih Tradisional Tepung Pelita ..Posted On Thu May 08 2014 ![]() KUIH TEPUNG PELITA Bahan 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air 4 sudu besar tepung beras 1 bi ... NASI GORENG BUNGA KANTANPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan-bahan ( 3-4 org ) • 3 mangkuk nasi • 3 s.b udang kering • 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg. ... Resepi: Nasi Goreng MentegaPosted On Fri Aug 02 2013 ![]() Bahan-bahan Nasi Mentega Telur Garam @~RasaRempah Cara-cara Masukkn mentega. biar cair. masuk kn ... Buat Sendiri Sos Cheeesy WedgesPosted On Tue Nov 25 2014 ![]() RESEPI SOS CHESSY WEDGES Selalunya kita beli cheesy wedges ni kat KFC. Anak anak pula sangat suka, tapi ... RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.Posted On Thu Jan 09 2014 ![]() Bahan-Bahan - 1 cawan beras. - 1 cawan nasi sejuk. - 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih) ... Resepi: Nasi GorengPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-Bahan: 2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam) 1 sudu besar serbuk perasa ayam 200g u ... RESEPI AYAM GORENG RANGGUP BERSOS LEMONPosted On Sun Jun 21 2015 ![]() Bahan untuk ayam : ● 2 keping dada ayam ● 2 camca tepung jagung● 2 camca tepung beras● 2 camca tepung g ... |
Jaga Angin pasang Bayi Lelaki Posted On Thu May 08 2014 ![]() Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada ... Berkawan Biarlah IkhlasPosted On Sun Jun 16 2013 ![]() Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan ... Langkah dan persediaan menghadapi banjirPosted On Thu Dec 03 2015 ![]() Persediaan sebelum banjir Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan sistem amaran ban ... .. |
No comments:
Post a Comment