Bahan-bahannya :
Bahan A
1 mangkuk kecil sotong kurita (dipotong kecil)
1/2 ikat kangkung (dibersihkan dan dipotong)
1 bungkus fishcake (dipotong)
1 bungkus fishball (dipotong)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Sedikit garam
Bahan B :
*10 tangkai cili kering (digoreng tanpa minyak)
*Sedikit lada hitam
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
1/2 ketul gula melaka
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa (secukup rasa)
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis
Bahan tumis (1 ulas bawang putih dan bawang merah-hiris)
Kacang tanah secukupnya
Cara menyediakan :
Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.... ketepikan...
Blend bahan bertanda * sehingga halus.... Sambil tu, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.... Masukkan gula melaka, gula pasir (kalau tak cukup manis), air asam jawa dan garam secukup rasa.... Kacau rata... Biarkan hingga mendidih... Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi untuk memekatkan kuahnya... Sebelum tutup api, test rasanya dulu...
Sambil tu boleh celurkan Bahan A :
Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih... Masukkan sedikit garam dan minyak.... Celurkan kangkung sebentar dan toskan.... Celurkan fishcake dan fishball sebentar dan toskan... Celur/rebus pula sotong kurita hingga masak dan toskan....
Untuk menghidang... letakkan bahan-bahan yang dicelur di dalam pinggan.... Tuangkan kuahnya... Taburkan kacang tanah yang telah ditumbuk....
Yang Lain Sedang Membaca
.. | .. |
Monday, January 13, 2014
Thursday, January 9, 2014
RESEPI KUNG PAO CHICKEN
- 6 tangkai cili kering.
- 4 sudu besar kacang goreng yg telah siap - beli je.
- 3 sudu besar minyak masak.
- 4 kpg. hirisan halia yg telah dikupas.
- 3 ulas bawang putih dihiris membujur.
- 1 btg leek/ atau scalion/ daun bawang dihiris.
A. Bahan untuk Pemerapan daging ayam:
- 3 ketul daging dada Ayam ( Chicken Breast). Dibersihkan dan dipotong dadu bersaiz 1 inci.
- 2 sudu besar (tbsp) kicap cair.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam/ cukup rasa.
- 1 sudu besar minyak masak (tip: kalau nak goreng isi daging ayam supaya tak melekat kat kuali biasa lumurkan minyak pada daging dan goreng).
1. Perapkan 20 -30 minit. Goreng ketulan ayam dengan tidak terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak dalam 3/4 atau 70 peratus.
2. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.
B. Penyediaan Kuah/ Sauce.
- 1 ketul kiub ayam / Chicken stock kiub.
- 2 sudu besar kicap cair.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1/2 sudu besar air limau. (cuka pun boleh)
- 1 sudu kecil gula.
- 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn dua sudu besar air.
- 1 cawan air/ stock ayam sekiranya anda inginkan kuah lebih.
Bancuh semua bahan-bahan ini.
C. Cara Penyediaan masakan Ayam Kung Pao:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang putih dan halia. Bila haruman naik, ketepikan dan goreng cili kering (cili ini boleh ditambah mengikut kepedasan yang diperlukan). Garingkan cili didalam minyak panas tetapi jangan sampai terbakar hitam. Kecilkan api dapur. Keluarkan cili garing dar kuali dan asingkan untuk hiasan kemudian. Masukan kembali bawang putih dan halia.
2. Sederhanakan api dapur
3. Masukkan sos (B) yang telah disediakan dalam kuali. Masukkan ayam yang tlah digoreng dan telah sediakan di atas. Tentukan daging ayam ini dimasak cuma beberapa minit sahaja.
4. Masukkan kacang goreng (yang tersedia goreng).
5. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung kedalam kuali. Biasanya dalam sukatan 1 sudu besar tepung jagung dengan 3 bahagian air. Kepekatan kuah adalah bergantung kepada anda...kalau ingin pekat tambahkan lagi campuran tepung jagung dan air.
6. Semasa memasukkan campuran tepung jagung perlu kacau serata supaya ia tidak berkental. Dalam beberapa minit Kung Pao Chicken anda sudah sedia. Jangan masak lama kuahnya sekadar satu didihan (boiled) kuah sudah cukup. Selamat Mencuba. Wassalam
RESEPI NASI GORENG THAI /THAI FRIED RICE:
Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaksud Goreng dan "Ghai" bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru ditanak pun tak salah gunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi untuk nasi goreng, sekiranya bergentel atau berketul perlu diuraikan bukan dihancurkan. Cara terbaik ialah, ambil sedikit minyak masak dan letakan di kedua tapak tangan anda dan ramas ketulan nasi supaya ia peroi kembali. Jangan masukkan nasi yang berketul-ketul ke dalam kuali dan lenyekan, kerana ia akan hancurkan butir-butir nasi kerja ini kerja tukang masak malas. Nasi kena persiapkan dahulu sebelum goreng. Nasi goreng perlu dibuat dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan) atau kuali yang perbuat dari besi padu atau "cast-iron".
Jumlah hidangan: 5 hingga 7.
BAHAN-BAHAN:
4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
1 keping dada ayam. Dihiris 1/4" X 1/2" (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
1/2 udang putih yg bersaiz kecil.
3 sudu besar kicap cair.
4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahgian lembut serai yg boleh dimakan.
2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
1/2" bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
2 biji telur ayam dipukul kembang dengan ditambah 1 sudu kecil air.
.1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.
PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:
3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
3 sudu besar kicap ikan.
2 sudu besar kicap cair (kurang masin).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar jus limau nipis.
1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
1/4 sudu keci (tsp) gula. (secubit).
CARA-CARA MENGORENG:
1. Sediakan nasi seperti saranan diatas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia tidak akan melekat pada kuali.Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat. Peramkan dlm 15 minit.
2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.
3. Hidupkan dapur dengan api sederhana kembali. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan.
4. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air stok ayam 1-2 sudu besar.
4. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan terlalu kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Masukan kacang campur dan goreng nasi bersamanya dlm 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap sos ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam, pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai, hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat
RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:
Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak.
RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi.
BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES:
3 ulas bawang putih ,
5 biji bawang merah (kecil).
Goreng bawang putih dan bawang hingga layu.
Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.
Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.).
Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
RESEPI: DONAT KENTANG:
"Doughnut" atau pun disebut "Donat" adalah sejenis makanan ringan yang amat digemari oleh semua golongan di Malaysia. Ia bukan resepi yg boleh kita jual donat seperti dunkin donat atau big apple yg dijual sgt mahal. Resepi ini yg boleh jual donat tiga kupang atau empat kupang yg jadi makanan untuk org biasa. Rahsia membuat donat ini mengikut selera orang Malaysia dgn harga murah bkn senang. Masalah utama dlm resepi donat ialah bila makan panas-panas ia memang lembut, bila sejuk ia jadi keras atau liat mcm tayar kereta. Inilah masalah besar dlm buat donat. Dlm banyak-banyak resepi kegunaan kentang dlm Resepi donat ini amat bersesuain lembut setiap masa..dan tak berperasa kentang langsung..mudah dan jimat kos..cuba resepi ini tanpa sebarang keraguan.
Bahan-Bahan:
5 - 6 Cawan Tepung Gandum Rendah Gluten/ biasa.
1 paket Yis segera kering (Mauripan) 11 gm.
1/4 cawan Majerin / vegetable shortening .
1/4 cawan Gula Pasir.
2 butir telur.
3/4 kentang lenyek (rebus 3 biji kentang, kupas kulit dan lenyek).
1 sudu kecil (tsp) garam.
2 sudu besar susu pekat manis dibancuh dalam 1 cawan air suam/ gunakan susu penuh cream.
1/4 cawan air suam (jangan panas).
@~RasaRempah
Cara-cara:
1. Cairkan yis dalam 1/4 air suam dan masukkan gula. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindak balas. Masukan pula susu/dibancuh 1 cawan, di ikuti dgn majerin,kentang lenyek, telur dan garam. Sebatikan campuran ini.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam campuran di atas sehingga jadikan doh lembut dan uli sehingga permukaan doh menjadi licin.
3. Masukan doh tadi dalam sebuah bekas telah disapu majerin sedikit yg boleh menampong dua kali ganda size doh. Terbalikan doh tadi dan sapu majerin dipermukaan atas pula. Tutup doh. Biarkan doh itu letakan ditempat agak panas selama 1-2 jam atau menjadi saiz 2 kali ganda.
4. Keluarkan dan Canaikan adunan doh tadi menjadi tebal 1" . Potong dengan alat pemotong donat bersaiz 8. Letakan adunan yang telah dipotong di dulang yang ditaburkan dengan tepung (supaya tidak melekat). Biarkan kepingan donat yang telah dipotong berada di tempat yang sedikit panas (untuk tindakan Yis ) 10 - 15 minit.
5. Goreng adunan donat dalam minyak yang sederhana panas (160 - 185 C) dalam 15 minit donat anad boleh masak sempurna. Biarkan ia sejuk sebentar sebelum masukan dlm Glaze
Tambahan: Cara buat Glaze Donut (Dunkin Donat).
Bahan yang diperlukan:
- 500gm gula icing/ kisar gula pasir sehingga halus.
- 6 sudu besat (tbsp) air.
- 1 sudu besar vanila.
Penyediaan Glaz Gula/ Sirap Gula:
Dengan api yang kecil masukkan 6 tbsp air dan gula icing. Apabila gula telah sedia larut dan masak. Api dapur perlu dijaga supaya air sirap anda tidak hangus. Matikan api dapur. Masukkan donut anda kedalam sirap gula dan segera keluarkan. ( sekiranya lama, donut anda akan diserap terlalu banyak gula). Biarkan donat anda sejuk. Sedia untuk dihidang
RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.
Bahan-Bahan
- 1 cawan beras.
- 1 cawan nasi sejuk.
- 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih).
- 1 sudu kecil halba.
- 1/2 sudu besar (tbsp) gula.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.
- 1/2 sudu kecil baking soda atau 1/2 sudu kecil (tsp)yis segera kering.
- 3 sudu besar(tbsp) santan pekat.
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dari kanjinya dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. kacang tosai atau urad dal dan juga halba perlu direndam (soak) berasingan. Selepas tempoh rendaman, basuh kembalu beras, urad dal adan juga halba. Mulakan kisar kacang tosai/urad dal. jadikan pes halus dan asingkan. Kisar pula diikuti dengan halba, jadikan pes dan asingkan. Kisaran beras perlu lakukan dgn air yang digunakan untuk kisar sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom merekah.
2. Ambil 3-4 sudu besar hasil kisaran beras dan diadunkan dengan 1 cawan air. Masak campuran ini dgn api kecil sederhana. Sebatian mula memekat dan menjadi seperti nestum makanan bayi, keluarkan dari dapur dan biarkan ia sejuk. sekarang adunkan semua bahan seperti pes kacang tosei, pes halba dan pes beras ini dengan adunan beras yg telah kisar. adun rata. sekarang adunan anda dah sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurangnya 12 jam. Makananya kalau anda fermantasikan pukul 6:00 ptg esok Pukul 6:00 boleh lenggang adunan ini.
3. Bila sedia untuk lenggang, tentukan adunan anda cair sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan air sedikit jika perlu. Pada masa inilah anda perlu masukkan gula, garam dan baking soda dan santan kedalam adunan itu, kacau sebati dan tunggu 15 minit. Ok anda dah boleh...lenggang kali lenggang.
CARA LENGGANG APOM:
1. Panaskan kuali apom atau non-stickable pan dengan api sederhana. Titiskan dua tiga titisan minyak pada permukaan kuali. Ambil kain bersih ratakan minyak keseluruhan permukaan kuali. Bila kuali cukup panas ambil satu senduk adunan tuang di tengah kuali.
2. Keluarkan kuali dari api, pusing kuali (lenggang) ikut jam supaya adunan dikenakan disekeliling dinding dengan satu bulatn yg cantik. Letak balik kuali ke atas apai. Tepung mula berkumpul ditengah kuali.
3. Tutup kuali anda dengan tudung . Apom anda biasanya masak dalam masa 3-4 minit.
4. Tepung di tepi dinding kulai mula garing dan tanggal. Dengan munggunakan jari anda tarik keluar apom. Ulangi perkara sama yang sama seperti di atas sehingga anda habiskan adunan anda.
5. Apom ini boleh di makan dengan santan dengan gula atau pun dengan sambal kelapa/chuttney atau pen dengan kari dan dal. Selamat mencuba. Sila baca tip-tip di komen mamak haji. Wassalam
Buat Sendiri Pes Kuah Char Kuey Teow
PENYEDIAAN PES ATAU KUAH CHAR KOAY TEOW dlm resepi Char kuoy Teow Pulau Pinang adalah sangat penting dalam penyediaan resepi ini. Jangan lupa kicap cair yang digunakan ialah "kicap cair cina" yg punyai logo HALAL JAKIM. Kicap ini ada bermacam jenis, kicap melayu, kicap Indonesia, kicap jepun, kicap korea. Setiap kicap ini tidak sama rasa.
Bahan-Bahan:
1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 mangkok (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125 ml (1/2 cup) kicap sos Ikan cop Ikan / Fish sauce.
250 ml (1 cup) kicap sos cop Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.
Bahan-Bahan:
1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 mangkok (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125 ml (1/2 cup) kicap sos Ikan cop Ikan / Fish sauce.
250 ml (1 cup) kicap sos cop Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
.. | .. |