Yang Lain Sedang Membaca
Onde-Onde (Buah Melaka) ..Posted On Tue Nov 25 2014 ![]() Bahan-bahan: 3 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum 1 1/2 cawan air atau secukupnya 1 - 2 kepi ... MASAK LEMAK PUCUK PAKUPosted On Wed Feb 18 2015 ![]() BAHAN-BAHAN 2 ikat pucuk paku 2 biji keledek oren- dipotong sederhana 2 cawan santan pekat 2 cawan air ... |
Petua: Memekatkan Sup ..Posted On Wed Jul 24 2013 ![]() Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit k ... Resepi Kerapu Masak Sweet SourPosted On Thu Jun 18 2015 ![]() Bahan-Bahannya: ● 1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar) ● ¼ cawan sos cili ● ½ cawan sos tomato ● 2 sudu ... |
Tuesday, July 23, 2013
Resepi: Sup Ayam Menawan
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
Pegedil / Begerdil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
Resepi: Paprik Ayam ..Posted On Wed Jul 24 2013 ![]() Bahan-bahan ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 ... CHICKEN CHOP RECIPEPosted On Mon Jun 29 2015 ![]() Serves: 2 Ingredients ● 2 chicken thighs, deboned and pounded to medium thickness ● Flour, for dustin ... Resepi Ketam Masak Lemak Cili ApiPosted On Tue Nov 25 2014 ![]() Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, pastikan ketam yang segar dan hidangan anda menjad ... Resepi: Ikan merah masak black paperPosted On Fri Jul 26 2013 ![]() BAHAN2 : 1. ikan merah (tpulang nak gune ayam/daging atau ikan lain) 2. sedikit halia / 3 ulas bawang ... LAKSA JOHORPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan2 500 gm spageti (celur) 1 kg ikan tenggiri (rebus&ambil isinya) 300 gm rempah kari ikan 100 ... Pau Kacang HitamPosted On Wed May 28 2014 ![]() Bahan-bahan ( 15 biji ) --Doh-- • 500 gm tepung gandum • 1 1/2 sudu teh yis • 1/2 cawan gula pasir • 1/ ... Resepi: Sup Cendawan dan Roti Bawang PutihPosted On Fri Jul 26 2013 ![]() Homemade mushroom soup dan garlic bread Bahan2 : Censawan shitakee direndam dan di dadu halus Cendaw ... |
.. |
No comments:
Post a Comment