Yang Lain Sedang Membaca

Resepi Kuih Keria
Posted On Wed May 28 2014

::Bahan2:: 500gm Ubi Keledek –Kupas, potong2 dan rebus bersama air &garam- 1 cawan Tepung gandum 1 ...

Resepi Ayam Golek Popular Madu
Posted On Sat Dec 21 2013

Bahan-bahan: 1 ekor ayam 2 biji bawang merah | untuk merebus ½ sudu teh serbuk kunyit | “ 5 ulas bawa ...

..
UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API PedasTerangkat
Posted On Thu May 08 2014

bahan 6 ekor udang galah 4-5 biji bawang merah rose 3 biji bawang putih 1 bawang besar 3 biji cili api ...

Resepi: Ayam Percik
Posted On Thu Aug 01 2013

Bahan-bahan ( 4 orang makan ) 1 sekor ayam yang dipotong 4 1 1/2 cawan santan pekat 2 biji bawang puti ...

..

Friday, December 20, 2013

Resepi Istimewa Ikan Bakar Portugis


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan pari tuka (bersaiz 7 inci setiap seekor)
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit minyak bawang putih (5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya, layur atas api supaya lembut
@~RasaRempah

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dikerat dua setiap seekor, cuci bersih, buang insangnya dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan dan sementara itu kita buat sambal.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Ikan pari dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang. Sapu sedikit sambal atasnya, letak sekeping ikan pari, sapu sambal atas ikan pari tadi dan tabur sedikit hirisan bung kantan. Letak lagi sekeping, sapu sambal dan tabur lagi hirisan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama dengan baki ikan, sambal dan bahan2 lain.

Kemudian bakar dalam oven hingga masak, atau atas api bara. Bakar guna pemanggang ajaib IKAN atau pemanggang yang ada kat rumah tu dan setiap bahagian dimasak selama 10 minit. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.

Resepi Ayam Golek Popular Madu


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 biji bawang merah | untuk merebus
½ sudu teh serbuk kunyit | “
5 ulas bawang putih | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
7 cm halia
3 batang serai | dititik
5 sudu makan minyak
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
150gm kismis
10 biji cili kering
300ml santan pekat - kakcu kurangkan santan
Garam secukup rasa
3 sudu madu
@~RasaRempah

 
Cara memasak:

1.Rebus ayam seekor dengan memasukkan bawang dan serbuk kunyit.Setelah masak toskan ayam.

2.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. (kakcu panggang ayam dlm oven dgn suhu 180 darjah selama 1 jam - sehingga masak)

3.Untuk bahan kuah:Panaskan minyak masak di dalam kuali.Tumis semua bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau.

4.Selepas itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Kacau hingga wangi.

5.Seterusnya masukkan santan dan kismis yang telah dikisar masak hingga agak pekat.Tambahkan madu dan garam secukup rasa.

6.Letakkan ayam dalam pinggan yang cantik, tuangkan kuah dan hias dengan cantik.

Satay Cucuk Istimewa


Bahan-bahan (20 cucuk atau lebih )
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

BAHAN PERAP
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak

BAHAN PERCIK
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cawan gula perang
Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN @~RasaRempah 
Timun secukupnya sebagai ulam
Bawang besar sebagai ulam
Ketupat nasi (jika suka)
Lidi satay secukupnya

Cara-cara
Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol)
Posted On Tue Nov 25 2014

Bahan-bahan ( 5/6 orang makan ) 1 ekor ikan tongkol/ aya ( potong ikut kehendak ) Santan dari sebiji k ...

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Posted On Tue Nov 25 2014

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, pastikan ketam yang segar dan hidangan anda menjad ...

PUYUH MASAK MASAM MANIS
Posted On Tue Nov 25 2014

PUYUH MASAK MASAM MANIS Bahan-bahannya:- 3/4 ekor burung puyuh (perap dgn lada sulah, kunyit dan garam ...

AYAM MASAK SEMUR
Posted On Thu May 08 2014

AYAM MASAK SEMUR dari baliBahan1 ekor ayam potong 14.. goreng jangan garing sangat2 sudu kerisik1 cawan ...

Resepi: Nasi Goreng Cina
Posted On Fri Aug 02 2013

Bahan-bahan nasi sejuk 3 cawan dada ayam 3 ketul potong kecik-kecik bawang putih 6 ulas bawang besar 1 ...

Hiasan Makanan Gubahan Epal Hello Kitty
Posted On Wed Nov 26 2014

Jom hias masakan anda supaya lebih menarik. Kita cuba cara hiasan yang pelik dan luar biasa sikit. Macam ...

Resepi: Ketam masak gulai nanas
Posted On Fri Jul 26 2013

Bahan2 Sekilogram ketam dibersihkan dan dibelah dua jika suka 3 sudu rempah kari ikan 1 cawan santa ...

..
Jadilah Bijak Menyimpan Wang - Tip Menabung
Posted On Thu Dec 03 2015

3 cara bijak untuk simpan wang Antara berjuta soalan mengenai hal-hal kewangan, tanpa diragui soalan ...

..