Yang Lain Sedang Membaca

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API PedasTerangkat
Posted On Thu May 08 2014

bahan 6 ekor udang galah 4-5 biji bawang merah rose 3 biji bawang putih 1 bawang besar 3 biji cili api ...

Resepi: Nasi Goreng
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan-Bahan: 2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam) 1 sudu besar serbuk perasa ayam 200g u ...

..
RESEPI NASI GORENG THAI /THAI FRIED RICE:
Posted On Thu Jan 09 2014

Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaks ...

RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS / UDANG MUDAH
Posted On Wed Jul 01 2015

Bahan-bahanya : ● Tepung Gandum ● Ikan Bilis / udang ● Daun Kucai (dipotong) ● 1 biji Bawang Besar (kal ...

..

Sunday, April 19, 2015

Kek Keju Meleleh Ooo

KEK KEJU MELELEH

Bahan-bahannya
150gram tepung gandum
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
74gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder

(1/2 sudu krim cheese) ni tak letak pun takpe (ros saje letak utk tambah rasa cheese dlm kek ni nnt)

untuk sos keje meleleh
150gram cream cheese (disarankan guna philidelphia cream cheese)
150ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan ovallete (jika tak letak ovallet pun takpe boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu ya).

3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul kembang.

4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi, kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe, ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) , putar sebati semuanya.

5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga tepung dan fresh cream habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.

6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.

7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium atau loyang kek bulat atau petak.

8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2, nak kukus pun boleh, jika kukus lebihkan masa 15minit.

Buat Sos Keju Meleleh pula

9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan, kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut selera masing2.

10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.

Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)

11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong). Kemudian masukkan kembali di dalam acuan alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos krim keju meleleh tadi.

12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2, nak parut cheeddar cheese pun boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chip dan guna sos coklat sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Lagi.. Resepi Menarik

BURGER MINI
Posted On Wed May 28 2014

Bahan2 untuk doh burger mini : 1 kg tepung gandum 1paket mauripan 2 sudu planta 1 sudu besar gula halus ...

RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS / UDANG MUDAH
Posted On Wed Jul 01 2015

Bahan-bahanya : ● Tepung Gandum ● Ikan Bilis / udang ● Daun Kucai (dipotong) ● 1 biji Bawang Besar (kal ...

Nasi Beryani dan Dalca Johor
Posted On Mon Aug 05 2013

BAHAN-BAHAN: 4 cawan beras basmathi 4 cawan air 1 cawan susu cair 3 helai daun pandan - disimpul & ...

Petua: Bersihkan Siput Sedut
Posted On Wed Jul 24 2013

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan ...

Resepi Ayam Masak Serai
Posted On Sun Jun 07 2015

Bahan-bahan: 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan 6 batang serai diti ...

Kebab Ayam
Posted On Wed May 28 2014

Bahan2 : 400 gm Isi ayam-dihiris nipis memanjang 1 labu bawang besar-dimayang 2 sudu besar cili kisar 1 ...

Resepi: Burger Bakar Sempoi
Posted On Wed Jul 24 2013

Bahan-bahan ( 5 biji ) 1 paket daging cincang 400g (tapis airnya) 1/2 biji bawang besar didadu 4 sudu ...

..
..