rasaREMPAH
Panduan Memasak, Resepi dan Petua Dapur
Yang Lain Sedang Membaca
Petua : Harumkan Bawang Tumis ..Posted On Wed Nov 26 2014 Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Unt ... Mencantikkan Telur RebusPosted On Wed Jul 24 2013 ![]() Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan seh ... |
Nasi Beryani dan Dalca Johor ..Posted On Mon Aug 05 2013 ![]() BAHAN-BAHAN: 4 cawan beras basmathi 4 cawan air 1 cawan susu cair 3 helai daun pandan - disimpul & ... RESEPI MEE KARI KERANGPosted On Mon Jun 29 2015 ![]() Bahan -bahannya : ● 1 kg/paket mee kuning (celur dan toskan) ● Taugeh ● Bawang goreng ● 1 kg kerang ata ... |
Sunday, August 2, 2015
RESEPI MEE BANDUNG MUAR
● 1 kg mee kuning
● 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
● 1 labu bawang putih (diketuk)
● 5 biji bawang merah
● ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
● ½ cawan udang hidup
● 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
● Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
● Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
● ¾ – 1 cawan gula pasir
● 3 – 4 cawan air rebusan daging
● 1 sudu makan sos tiram
● Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
● Garam secukup rasa
● Minyak untuk menumis
● Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan.
● Daun sadri dan daun bawang, jika minat (dihiris)
Cara memasak kuahnya:
1. Kisar cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus dan lain2 perencah
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
sedia untuk dihidangkan bersama mee.
Thursday, July 2, 2015
RESEPI DAGING KAMBING MASAK KICAP
● 500gm Daging Kambing dihiris2
● 2 biji bawang besar – dikisar
● 4 ulas bawang putih – dikisar
● 1 inch halia – dikisar
● 1.5 sudu besar lada hitam – ditumbuk halus
● 1/2 sudu teh biji ketumbar – ditumbuk halus
● Secubit jintan halus – ditumbuk halus
● 2 sudu besar cili kisar
● 1 batang kayu manis
● 1 biji bunga lawang
● 4 biji buah pelaga
● 1 batang lobak merah – dihiris serong
● 1 biji buah tomato di hiris 4/6
● 3 biji ubi kentang di potong dadu di goreng
● 1 sudu besar bawang merah goreng
● 1/2 cawan kicap manis
● 1/2 cawan air
● Minyak untuk menumis
● Bawang merah goreng untuk taburan
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak di periok. Letakan bahan2 yang ditumbuk, rempah2 kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukan bahan-bahan yang di kisar dan cili kisar. Goreng hingga sebati.
3. Masukan daging kambing dan gaulkan sama rempahnya. Letakan garam dan gula secukup rasa.
4. Tuangkan kicap manis 1/2 cawan dan air secawan. Bila daging mula mendidih, masukan lobak merah.
5. Taburkan sedikit bawang merah goreng dan buah tomato yang sudah di potong. Bila daging sudah masak, sajikan dengan kentang goreng dan daun ketumbar sedikit.
Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat mencuba
Tuesday, June 30, 2015
RESEPI NASI LEMAK BUJANG
Bahan-bahan untuk nasi:
● 2 cawan beras
● 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
● 1 helai daun pandan - disimpul
● 3 hirisan halia
● garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk sambal tumis:
● 6 sudu besar cili kering mesin
● 4 ulas bawang merah -ditumbuk
● 2 ulas bawang putih -ditumbuk
● 1 biji bawang besar -dihiris
● segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
● sedikit air asam jawa
● sedikit belacan (jika suka)
● garam dan gula
● Bahan sampingan lain:
● Ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng dan timun.
● Daun pisang (sebagai alas)
Cara memasaknya:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
5. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan dengan beralaskan daun pisang.
Selamat mencuba
RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS / UDANG MUDAH
● Tepung Gandum
● Ikan Bilis / udang
● Daun Kucai (dipotong)
● 1 biji Bawang Besar (kalau suka boleh lebih)
● Garam secukup rasa
● 1 sudu besar Gula
● 1 sudu besar cili boh
● Air suam (menjadikan jemput kiter rangup)
Cara:
1. Gaulkan semua bahan sehingga rata
2. Masukkan air suam sehingga tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
4. Goreng ikut saiz yg anda suka.
Sangat sedap dicicah dengan sos cili lada putih. Atau boleh tambah lada putih yg ditumbuh dalam sos cili biasa.
Selamat mencuba
RESEPI PIZZA MAGGI
● 1 Bungkus maggi
● 2 biji telur gred A
● Sosej (ikut suka)
● Carrot (dimayang halus)
● Cendawan butang (hiris nipis)
● Daun sup (dimayang halus)
● Bawang besar (dihiris nipis)
Cara-caranya :
1. Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
2. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.
3. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehingga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Selamat mencuba
ShareThis
Lagi.. Resepi Menarik
SALAD BEBOLA DAGING ..Posted On Thu May 08 2014 ![]() bahan 500g daging cincang 2 sudu makan tepung jagung 2 sudu teh lada putih 1 biji telur 50g bawang bes ... Resepi: Ayam Serai PedasPosted On Thu Aug 01 2013 ![]() Bahan-bahan ( 2 orang ) 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja) 1 batang serai (dititik)&nbs ... Resepi: SIZZLING YEE MEEPosted On Fri Aug 02 2013 ![]() Bahan-bahan ( 2 - 3 orang makan) 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shit ... Resepi: Nasi Goreng MentegaPosted On Fri Aug 02 2013 ![]() Bahan-bahan Nasi Mentega Telur Garam @~RasaRempah Cara-cara Masukkn mentega. biar cair. masuk kn ... Biskut: Almond ManchesterPosted On Mon Aug 05 2013 ![]() Bahan-bahan ( +/- 150 biji ) 250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla 50 gm ser ... DADIH SEGERAPosted On Wed May 28 2014 ![]() 3000 ml air 1 paket dadih berperisa 1 tin susu cair 2 cawan coffee mate 8 sudu besar gula Cara membua ... Petua Hilangkan Tanda Hangus Pada PeriukPosted On Wed Nov 26 2014 Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersi ... |
Senarai Makanan Pembakar Kalori - Turunkan Berat Badan Posted On Fri Apr 18 2014 ![]() Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar k ... .. |